Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sayang Lebihan Ketupat & Nasi Impit Yang Masih Berbaki, Boleh Cuba Resipi Ini, Sedap! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sayang Lebihan Ketupat & Nasi Impit Yang Masih Berbaki, Boleh Cuba Resipi Ini, Sedap!

Dah masuk raya ketiga, rendang & kuah kacang pun dah habis.Tapi jika masih masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.

Ketupat & nasi impit ini boleh diolah semula. Caranya macam kita nak buat  ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat & nasi impit ini.

Sedap! Mesti kena cuba.

Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.

Bahan-Bahannya:

Nasi Impit/ketupat secukupnya(potong saiz sederhana)

Bahan Kisar:

1 biji bawang merah besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)

3 biji cili padi

1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)

Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.

Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)

Rencah:

Isi ayam/daging(potong kecil)

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap manis

1/2 kiub pati ayam

2 biji telur

Sawi

Kobis

Lobak Merah (potong memanjang)

Taugeh

Daun Kucai

Cara Membuat:

1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.

3.Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau seketika.

4.Masukkan telur dan kacau hancur.

5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.

6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.

Selamat Mencuba!

Info Ekstra:

Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.

Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan

Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7VH7K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.