Peralatan Radar Ketenteraan Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan
KUALA LUMPUR: Pihak polis Di Raja Malaysia mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan polis berkaitan kehilangan peralatan canggih tentera pada 13 Jun lalu daripada pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), lapor The Star Online.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Nor Hashim Mohamad berkata satu laporan polis diterima mengenai penyerahan peralatan radar ketenteraan berteknologi tinggi yang bernilai jutaan ringgit dilaporkan hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Johor.
Laporan berkenaan turut mendakwa sistem radar itu telah ditahan oleh pihak kastam sebaik selepas ia sampai di Australia pada bulan lepas.
Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Paddy Abd Halim berkata jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut di mana kehilangan barangan itu dikesan ketika pemeriksaan audit baru-baru ini.
Peralatan itu dilaporkan sepatutnya dihantar ke Belanda tetapi ia tidak mempunyai permit, dan terpaksa ditahan oleh pegawai-pegawai kastam.
Bagaimanapun semasa pemeriksaan audit baru-baru ini, peralatan rahsia itu tidak dijumpai di pelabuhan tersebut.
Pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan dalaman selain menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Laporan portal berkenaan turut menyebut bahawa peralatan sensitif tersebut memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 dan penalti berat seperti denda setinggi RM10 juta dan hukuman mati boleh dikenakan di bawah Akta berkenaan.
Akta yang terkandung menerusi lebih 1,237 halaman dalam bahasa Inggeris dan Melayu itu terdapat di laman web Miti.
Ia meliputi pelbagai barang dan barangan sensitif untuk mengawal atau mencegah mereka daripada menggunakannya dalam senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, terutama sekiranya ia berada di tangan pihak pelampau.
- Siakapkeli.my
SUMBER: mStar, The Star, Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tnZWQR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment