Hi! Welcome Back and Stay Tune! SUV Proton dijangka dijual di bawah harga RM100,000 - laporan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SUV Proton dijangka dijual di bawah harga RM100,000 - laporan

KUALA LUMPUR: Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka akan dijual di bawah harga RM100,000.

Menurut laporan Sinar Online yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan kepada China Press, kenderaan itu akan dijual dalam pasaran Malaysia dalam tempoh dua tahun lagi.

Ong dilaporkan berkata, mengikut cadangan awal penetapan harga kenderaan itu dengan harga 'Boyue' di China adalah di antara 100,000 Yuan hingga 150,000 Yuan (RM67,000 hingga RM93,900) dan ditambahkan dengan perkiraan awal antara 10 hingga 20 peratus, maka itulah harga yang bakal dibeli oleh pengguna di Malaysia.

Katanya, Proton disasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya satu peratus pasaran industri jualan kereta di China, selain mensasarkan jumlah jualan 3.8 juta unit setahun untuk pasaran di rantau ASEAN, ekoran pemeteraian janji di antara DRB-Hicom Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing Proton Holdings Berhad.

Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L turbo dan 2.0L aspirasi natural.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulAaKl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.