Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa punya keje ‘kebas’ ambulans Hospital Kuala Krai? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa punya keje ‘kebas’ ambulans Hospital Kuala Krai?

Memuat naik status di Facebook untuk mencari kereta atau motosikal hilang sudah biasa dilihat di media sosial, tetapi agak pelik jika melihat status ambulans hilang.

Dalam kejadian ini, sebuah ambulans milik Hospital Kuala Krai, Kelantan, dengan nombor pendaftaran BKL 5695, telah dilaporkan hilang pagi Rabu.

Belum dapat dipastikan sama ada kenderaan ini telah ditemui atau sebaliknya.

Disebabkan posting ambulans hilang ini dimuat naik di media sosial, netizens telah membuat beberapa andaian di ruang komen.

Ramai yang mendakwa van tersebut telah dicuri oleh mereka yang terdesak untuk pulang beraya.

“Dia pinjam buat balik kampung kot. Naik ambulans senang…on siren boleh laju sampai kampung,” tulis Encik Misteri di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

Apit Mgs menulis: Ni kes nak balik kampung ni, tiket dah habis semua, kereta sewa pun tak ada, nak tumpang lori dah tak boleh, lori dah tak boleh jalan atas jalan dah, sebab tu rembat ambulans.

Difahamkan, ambulans ini telah hilang di sebuah bengkel di Guchil, Kuala Krai dan kes ini pernah berlaku sebelum ini.
Sumber: MStar



Sumber Siapa punya keje ‘kebas’ ambulans Hospital Kuala Krai?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXl40W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.