Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'


DUBAI: Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyifatkan permintaan Qatar untuk mengantarabangsakan ibadat haji tidak ubah seperti pengisytiharan perang terhadap negara itu, lapor televisyen al-Arabiya.

"Permintaan Qatar untuk mengantarabangsakan dua kota suci ini agak agresif dan seolah-olah pengisytiharan perang terhadap negara ini. Kami berhak bertindak balas terhadap usaha itu," katanya.

Bagaimanapun, tuduhan itu disangkal Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, yang menegaskan tiada pegawai negara itu mengemukakan permintaan sedemikian.

"Kami bosan menjawab kenyataan palsu dan cerita diadakan-adakan," kata Sheikh Mohammed kepada TV al-Jazeera.

Qatar menuduh Arab Saudi mempolitikkan ibadat haji dan melahirkan kebimbangan terhadap halangan yang perlu dihadapi rakyat Qatar mengerjakan haji tahun ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan beragama.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain sebelum ini mengemukakan senarai 13 tuntutan kepada Qatar termasuk menghentikan sokongan kepada gerakan Ikhwanul Muslim, menutup stesen televisyen al-Jazeera, menutup pangkalan tentera Turki dan mengurangkan hubungan dengan Iran.

Pada masa sama, menteri empat negara itu menyatakan kesediaan berdialog dengan Qatar jika negara itu menunjukkan minat terhadap tuntutan mereka. - Reuters



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdRvJ3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.