Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gaji RM10,000, Bayar PTPTN RM50 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gaji RM10,000, Bayar PTPTN RM50 Sebulan


Kementerian Kewangan kesal dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengambil mudah pembayaran pinjaman mereka.

Timbalan menterinya berkata sesetengah peminjam sudah berpendapatan menjangkau RM10,000 sebulan namun masih mengekalkan ansuran bulanan RM50.

“Agak menyedihkan masih ada yang sudah bekerja dengan gaji RM5,000 hingga RM10,000 sebulan tetapi enggan membuat bayaran walau sedikitpun.

“Kes seperti ini sudah berkurangan sejak PTPTN menjalankan tindakan penguatkuasaan, namun ia masih berlaku.

“Apabila gaji meningkat, mereka sendiri perlu meningkatkan bayaran,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani seperti dilaporkan Berita Harian.

Akhbar sama melaporkan PTPTN sudah mengutip RM10.9 bilion bayaran balik daripada 1.3 juta peminjam.

Namun ia masih rendah berbanding sasaran RM18.8 bilion daripada 1.9 juta peminjam.

Johari berkata peminjam yang mempunyai masalah pembayaran balik perlu berbincang dengan PTPTN.

“Saya nasihatkan peminjam yang belum bekerja datang berbincang kerana PTPTN menganggap selepas beberapa bulan tamat belajar, peminjam sudah bekerja.

“Jika sudah bekerja tetapi tidak mampu bayar mengikut jumlah yang ditetapkan, juga kena berunding berdasarkan kemampuan mereka.

“Contohnya, jika RM100 tidak mampu, bayarlah RM50, PTPTN fleksibel dalam cara pembayaran balik,” beliau dilaporkan berkata. - MalayMail


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQ7WaQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.