Hi! Welcome Back and Stay Tune! ALHAMDULILLAH. Lebih Dua Juta Umat Islam Tunaikan Haji Hari Ini Di Makkah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ALHAMDULILLAH. Lebih Dua Juta Umat Islam Tunaikan Haji Hari Ini Di Makkah..

LEBIH dua juta umat Islam dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah bagi memulakan ibadat haji, hari ini. - Foto Reuters

MAKKAH: Lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah bagi memulakan ibadat haji, hari ini.

Tahun ini menyaksikan jemaah dari Iran kembali selepas tidak berbuat demikian tahun lalu berikutan perbalahan diplomatik antara republik itu dan Arab Saudi.

Ia juga dilakukan dengan negara Teluk terbabit dalam krisis politik dan Daesh berada dalam tekanan di Iraq dan Syria.


Pihak berkuasa Arab Saudi menggerakkan sumber besar-besaran dengan harapan mengelak daripada berulangnya rempuhan maut 2015 yang menyebabkan hampir 2,300 maut, termasuk 464 jemaah Iran.


Riyadh dan Tehran memutuskan hubungan selama beberapa bulan selepas ulama Syiah dihukum mati di Arab Saudi mencetuskan serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Ibadat haji tahunan itu juga berjalan di tengah krisis diplomatik antara blok Arab diketuai Arab Saudi dan Qatar, yang dituduh menyokong militan dan terlalu rapat dengan Iran.


Sekatan ke atas Qatar sejak 5 Jun lalu menyaksikan hubungan menerusi udara dan laut ditutup, menghalang ramai rakyat negara itu menunaikan haji walaupun Riyadh mengendurkan hak kemasukan menerusi sempadan darat dengan Qatar, dua minggu sebelum musim haji bermula. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wHQUjH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.