Hi! Welcome Back and Stay Tune! MAHKAMAH RAYUAN SETUJU PERDANA MENTERI BUKAN PENJAWAT AWAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MAHKAMAH RAYUAN SETUJU PERDANA MENTERI BUKAN PENJAWAT AWAM

MAHKAMAH Rayuan hari ini bersetuju perdana menteri bukan seorang penjawat awam mengikut undang-undang dan menolak rayuan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta dua yang lain dalam saman terhadap Najib Razak.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian ketika menolak rayuan Dr Mahathir dan dua bekas ahli Umno, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengetepikan saman mereka.

“Kami bersetuju dengan keputusan yang arif hakim (Mahkamah Tinggi). Tidak ada merit untuk rayuan ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Idrus Harun yang mengetuai panel tiga hakim itu, seperti dipetik oleh Malaysiakini.

Idrus bersidang bersama Hakim Vernon Ong dan Hakim Abdul Rahman Sebli.

Dr Mahathir dan dua yang lain itu mengemukakan saman terhadap Najib atas dakwaan perdana menteri itu telah menyalahgunakan kuasanya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah Tinggi pada 28 April lalu membenarkan permohonan Najib membatalkan saman tersebut dengan alasan seorang perdana menteri bukan penjawat awam mengikut pengertian Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Najib, Mohamed Hafarizam Harun ketika itu berhujah Artikel 132(3)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli politik tidak dimasukkan sebagai penjawat awam.

Katanya, penjawat awam adalah terdiri daripada kakitangan awam di negeri dan Persekutuan, ahli angkatan bersenjata, perkhidmatan kehakiman dan undang-undang, polis serta mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan pendidikan.

Beliau juga merujuk kepada Perkara 160(2) yang menyatakan anggota pentadbiran di Putrajaya yang dimaksudkan adalah seseorang yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha Parlimen atau setiausaha politik.

Oleh itu, katanya, Najib sebagai perdana menteri adalah “seorang anggota pentadbiran” dan bukan penjawat awam.

Malaysiakini melaporkan peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdullah membayangkan anak guamnya akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whs21c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.