DAP Hanya Pandai “Tengok Saja !”
'Tengok Saja' ungkapan yang sering dinyatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Dr Sim Kui Hian sebagai menyindir DAP apabila sesuatu masalah berbangkit di Sarawak dan memerlukan tindakan segera.
Rupanya ungkapan itu juga sesuai untuk DAP Pulau Pinang apabila sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan memberi kesan kepada rakyat tidak diambil tindakan dengan segera. Malah isu berkaitan kilang haram telah disuarakan oleh ADUN PKR Dr Nolela Ariffin sejak dua tahun yang lepas.
Kerajaan Pulau Pinang hanya 'Tengok Saja' tanpa bertindak dan seperti yang didakwa Dr Nolela, kesan buruk akibat aktiviti kilang haram tersebut menyebabkan penduduk mengalami penyakit kanser. Dua tahun masih juga tidak diambil peduli rintihan Dr Nolela.
Bermacam versi alasan yang dinyatakan oleh kerajaan Pulau Pinang bagi mempetahankan kilang haram tersebut dari diambil tindakan. Akhirnya SPRM turun padang dan menahan Exco Kerajaan Pulau Pinang, pemilik kilang dan anak kilang tersebut serta dilibaykan dengan rasuah.
Kali ini dengan nyata dan terang seluruh rakyat Malaysia 'Tengok Saja' mereka yang ditahan dibawa ke tahanan SPRM. Dan mungkin selepas ini rakyat ' Tengok Saja' mereka didakwa di mahkamah dan juga 'Tengok Saja' Lim Guan Eng akan terus didakwa di mahkamah juga dalam isu rasuah. – Abdul Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDXa9j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment