Resepi Cucur Manis Jadi Viral Di Media Sosial
ZAMAN sekarang ni apa je yang tak jadi viral, dari pinggan viral kini muncul satu lagi kegilaan iaitu cucur viral yang kini semakin mendapat tempat di hati netizen.
Kalau nak diikutkan cucur viral ni memang sebijik cucur yang biasa mak-mak kita buat time minum petang.
Tapi tak tahulah kenapa baru-baru ini saja ia mula menjadi kecoh di kalangan netizen sehinggakan wujud hashtag #cucurviral di laman sosial.
Mungkin disebabkan resepinya yang cukup ringkas dan mudah telah menarik minat kebanyakan netizen untuk mencuba membuatnya sendiri.
Bagi anda yang nak try buat sendiri, di sini kami sertakan resipi cucur viral untuk rujukan anda.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung
2 cawan air panas
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara-cara :
Masukkan tepung, gula dan Garam ke dalam bekas besar. Kacau rata.
Masukkan pula air panas. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga adunan sejuk sikit.
Bulat-bulatkan adunan. (letak air sikit di tangan supaya tak melekat)
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.
Lepas cucur viral, agak-agak apa lagi makanan atau benda yang bakal jadi tular di media sosial selepas ini ya? – MYNEWSHUB.CC
Sumber: buatoranglapo.com
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vWNoSg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment