Jiran Jadi Wira
BEIJING: Seorang lelaki dianggap wira selepas menyelamatkan nyawa seorang budak perempuan berusia tiga tahun yang lehernya tergantung di jeriji besi tingkap di tingkat empat.
Kejadian berlaku apabila budak itu yang ditinggalkan sendirian oleh ibunya pada Ahad lalu memanjat tingkap rumahnya di sebuah apartmen di Xiaogan di wilayah Hubei.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu tergelincir dan lehernya tersangkut di jeriji besi di tingkap berkenaan.
Seorang jiran, Chen Fangyong berkata, dia sedang tidur sebelum mendengar bunyi bising dan melihat ramai orang berkumpul di tingkat bawah.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat seorang budak tersangkut pada bahagian leher dan tergantung di jeriji besi tingkap di tingkat atas rumahnya.
“Tidak lama kemudian saya lihat budak itu semakin lemah dan tidak bergerak menyebabkan saya terus memanjat tingkap untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.
Beberapa gambar dan video yang tersebar di Internet menunjukkan Chen memegang budak itu dan menyokongnya menggunakan dada dan lengannya.
Chen menampung badan budak itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menurunkan mereka dengan selamat.
“Saya pernah lihat kanak-kanak tergantung di jeriji besi tingkap melalui berita di televisyen tetapi saya tidak menyangka ia berlaku di depan mata sendiri.
“Sesiapa yang melihat kejadian seperti ini pasti cuba untuk membantu mangsa,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa memberitahu polis dia meninggalkan anaknya berseorangan di rumah kerana mahu pergi ke kedai.-Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOjvVd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment