Kejutan emas kedua Aaliyah
RATU ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas keduanya selepas melakukan lompatan sejauh 32.6 meter dalam acara jump Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Tasik Putrajaya, hari ini.
Perak pula dimenangi pemenang emas Sukan SEA Singapura 2015, Rossi Amir dari Indonesia yang melakukan lompatan sejauh 30.8 meter.
Gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Indonesia Nur Alimah Priambodo.
Terdahulu, Aaliyah turut menghadiahkan perak kepada kontinjen Malaysia selepas mencatat mata 2.00/55/13 dalam acara slalom.
Aaliyah akan akan turun ke Tasik Putrajaya petang nanti bagi mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA dalam acara kegemarannya, trick.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2we6Xoz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment