Hi! Welcome Back and Stay Tune! Juara dunia hanya sertai 1 acara terjun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Juara dunia hanya sertai 1 acara terjun


KUALA LUMPUR: Ratu terjun dunia, Cheong Jun Hoong hanya akan beraksi dalam acara 1 meter papan anjal individu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam sukan terjun yang akan membuka tirai pada 26 Ogos ini.

Katanya, beliau terpaksa melepaskan acara 10m platform individu yang menobatkannya selaku juara dunia dan memberi laluan kepada muka baharu yang sedang meningkat, Kimberly Bong

Malah, katanya, keputusan itu juga dibuat kerana beliau masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan di bahagian belakang yang dialaminya ketika Kejohanan Dunia di Budapest, bulan lalu.

"Saya masih belum cergas sepenuhnya selepas Kejohanan Dunia. Masa untuk pulih terlalu singkat. Jurulatih saya pun berpendapat ada kalanya saya perlu lepaskan sesuatu untuk mendapat yang lebih baik lagi di masa depan.

"Lagipun, kita ada ramai lagi penerjun dan SEA Games ini untuk bagi fokus kepada penerjun muda untuk mencari pengalaman," katanya ketika ditemui selepas latihan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.

Jun Hoong menjulang gelaran juara dunia apabila meraih 397.50 mata, menewaskan bekas juara dunia, Si Yajie daripada China yang mengumpul 396.00 mata untuk pingat perak.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Ren Qian pula terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas meraih 391.95 mata.

Mengenai kecederaannya, atlet kelahiran Ipoh, Perak itu berkata ia tidak menjejaskan tumpuannya dalam latihan serta penampilan dalam acaranya yang akan berlangsung pada 27 Ogos.

"Setakat ini semuanya baik. Cuma saya kena fokus pada latihan dan pada masa sama fokus pada rawatan. Selagi saya masih boleh lompat, okay lah," katanya.

Mengenai status juara dunia yang dipegangnya, atlet berusia 27 tahun itu berkata setiap pertandingan disertai akan memberi tekanan berbeza kepadanya apatah lagi kali ini, beliau akan beraksi di laman sendiri.

Katanya, apa yang penting adalah untuknya terus fokus dan memberikan lompatan yang terbaik pada hari pertandingan nanti.

"Setiap pertandingan tekanan itu biasa, tambahan lagi di laman sendiri. Bukan saya sahaja tapi seluruh pasukan terjun akan merasainya," katanya.

Sebanyak 13 pingat emas ditawarkan dalam acara terjun, dan skuad negara dijangka menyapu bersih semua emas yang dipertandingkan. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g2vx6l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.