Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Utamakan Hak Rakyat Dalam Isu NCR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Utamakan Hak Rakyat Dalam Isu NCR


Memang tidak dinafikan isu Hak Tanah Adat (NCR) bukan suatu yang mudah untuk diselesaikan. Beberapa faktor tertentu menjadi penyebab ia tidak mencapai kesepakatan untuk diselesaikan.

Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), isu ini akan sentiasa dibawa dalam perbincangan agar pemilik NCR mendapat faedah daripada perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Langkah kerajaan mewujudkan komiti di antara pemimpin tertinggi Dayak serta rakyat membincangkan isu ini adalah tepat. Rundingan meja bulat memang langkah yang betul dan tidak menggunakan cara yang menyalahi undang-undang.

Hasilnya setiap perbincangan akan diterangkan kepada Ketua Menteri dan keputusan akan memberi faedah kepada pemilik NCR yang sah.

Kerajaan sebelum ini pernah menyatakan bahawa pemilik NCR harus mengusahakan tanah agar dapat menyumbang kepada ekonomi pemilik dan negeri.

Apa yang digembar gemburkan oleh pembangkang kebanyakkan tidak mahu melihat pemilik NCR maju kehadapan dan ada yang sanggup menghalang tanah disukat kerana dakyah pembangkang yang menghasut bahawa kerajaan akan merampas tanah jika di sukat.

Kenyataan tersebut telah disanggah oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Ugah yang kerajaan tidak akan merampas tanah jika ianya disukat. Malah kerajaan merancang yang terbaik agar tanah tersebut diusahakan oleh pemilik dan mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk pemilik dan keluarga.- Abdul Halim Jantan


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2im8rIx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.