Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebebasan Media Kini Lebih Baik Berbanding Sebelumnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebebasan Media Kini Lebih Baik Berbanding Sebelumnya


KUALA LUMPUR – Kebebasan media di negara ini pada masa ini adalah lebih baik tanpa sebarang kongkongan atau agenda yang ditentukan lebih awal, terutama selepas berakhirnya era pentadbiran bekas pemimpin negara yang paling lama memerintah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lapor Bernama.

Beliau berkata pada zaman itu penentuan agenda sesebuah syarikat media banyak ditentukan oleh “seseorang” dan bukannya oleh pemilik-pemilik syarikat media.

“Secara kebetulan, dalam disertasi kedoktoran saya, saya ada buat perbandingan antara Berita Harian dan Utusan Malaysia dalam lima kali pilihan raya di Malaysia di bawah seorang pemimpin yang paling lama memerintah di negara ini.

“Saya lihat bahawa fakta-fakta yang terpapar dalam kajian saya itu, jika ia masih relevan, adalah satu gambaran bahawa penentuan agenda dibuat oleh seseorang,” katanya semasa merasmikan Pameran BH Khas Hari Kebangsaan, anjuran akhbar Berita Harian.

Tanpa menyebut nama tetapi jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mengingatkan bekas pemimpin itu supaya menyedari bahawa eranya telah berakhir dan sekali gus perlu mengakui zaman selepas pemerintahannya, keadaan negara lebih baik.-SUARATV


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g1C5So

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.