Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prasarana Tingkat Keselamatan Tren, Fasiliti MMMSL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prasarana Tingkat Keselamatan Tren, Fasiliti MMMSL


MAKKAH: Elemen keselamatan terus diberikan penumpuan dalam persediaan operasi tren haji,
Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), di sini yang dijadualkan bermula 29 Ogos hingga 4 September ini.

Ia membabitkan kerjasama antara Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Facilities Security Forces, pasukan khusus bagi penugasan melindungi keselamatan aset strategik negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham, berkata penyertaan pasukan itu lebih bertumpu terhadap perlindungan keselamatan tren dan fasiliti berkaitan, termasuk depoh operasi, selain kawalan orang ramai di stesen.

"Operasi Prasarana mendapat sokongan penuh Kerajaan Arab Saudi, termasuk mengerahkan 9,500 pegawai dan anggota FSF, dengan penugasan khusus membabitkan perlindungan keselamatan aset berkaitan dan kawalan pergerakan jemaah di stesen.

"Kehadiran FSF mampu memastikan pergerakan teratur jemaah bersama tren kita, sekali gus memastikan 'Tetamu Allah' sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat, selain mengelak sebarang risiko keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Keselamatan Operasi Haji 2017 Bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Makkah (MRDA), di sini semalam.

Masnizam berkata, jumlah petugas berkenaan adalah yang terbesar sejak Prasarana memperoleh kontrak tren haji berkenaan pada 2015.

Katanya, ia seiring dengan pertambahan kapasiti pengendalian jumlah keseluruhan 350,000 jemaah kali inj berbanding 310,000 jemaah bagi musim haji tahun lalu.

Selain FSF, Prasarana turut bekerjasama dengan kumpulan mutawif bagi membantu aliran pergerakan jemaah, terutama di sembilan stesen MMMSL dari Arafah ke Mina.

Masnizam menjelaskan dalam tempoh suntuk dan bilangan jemaah cukup ramai, pasti berlaku situasi kritikal yang memerlukan bantuan kumpulan mutawif.

"Berdasarkan pengalaman sejak dua musim haji lalu, pasti berlaku insiden jemaah 'sesat' dan tidak dapat mematuhi jadual pelepasan ditetapkan, terutama dalam kalangan mereka yang pertama kali menggunakan tren.

"Ini ditambah lagi dengan pertambahan jumlah jemaah tahun ini, begitu juga 'tempoh keemasan' waktu wukuf yang dikejar oleh jemaah. Justeru, kerjasama kumpulan mutawif boleh membantu kita dalam mengendalikan situasi ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama wakil kumpulan mutawif terbabit bagi memperincikan skop penugasan mereka pada tempoh kemuncak hari wukuf.

"Untuk 2017, kita diberikan tempoh enam jam (pada petang hari wukuf) untuk mengangkut kesemua jemaah yang berada dalam kawasan penugasan kita dari Arafah ke Muzdalifa.

"Ia tempoh paling kritikal, khusus dalam memastikan 'Tetamu Allah' dapat menunaikan ibadah dalam keadaan selamat dan selesa. Dalam tempoh itu juga, MMMSL menempa rekod sebagai tren paling padat dan tersibuk di dunia," katanya.-Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2imfGjL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.