Lentik Farah Ann Pertahan Emas
KUALA LUMPUR: Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertahankan pingat emas acara senaman lantai pada temasya Sukan SEA 2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Farah mengutip 13.450 mata untuk jauh meninggalkan atlet Filipina, Kaitlin Cera Lianne yang berpuas hati dengan catatan 13.025 mata untuk pingat perak.
Pingat emas ini adalah pingat emas kedua yang disumbangkan oleh atlet berusia 23 tahun itu selepas turut merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan.
Atlet Indonesia, Rifda Irfanaluthfi meraih pingat gangsa selepas mengumpul catatan 13.000 mata. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbrFDU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment