Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasaran Saham Eropah Di Buka Lebih Tinggi Pada Rabu, Euro Stoxx 50 Naik 0.30% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasaran Saham Eropah Di Buka Lebih Tinggi Pada Rabu, Euro Stoxx 50 Naik 0.30%

Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada Rabu menjelang pengumuman data-data PMI sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan hari ini walaupun pelabur masih dilihat sedikit berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole.

Dagangan pagi di Eropah menunjukkan Euro Stoxx 50 naik 0.30% namun kini jatuh kepada 0.08% setakat pukul 4 petang selepas sejam pembukaan pasaran Eropah.

Di Perancis, CAC40 menambah kenaikan 0.33% dalam pembukaan awal dan kini jatuh kepada 0.16%. Dax 30 di Jerman pula naik 0.28% dan kini jatuk kepada 0.04%.

Para pemain pasaran khususnya dalam pasaran ekuiti Eropah sudah tentu akan memberi perhatian kepada ucapan atau sebarang komen oleh Presiden ECB Mario Draghi di Jackson Hole yang turut dihadiri oleh Janet Yellen pengerusi The Fed.

Kaunter-kaunter kewangan keseluruhannya didagang lebih tinggi pada awal dagangan dengan BNP Paribas dan Societe Generale (Perancis) masing-masing menambah 0.05% dan 0.37%, namun kini jatuh 0.08% dan 0.06% setakat pukul 4.08 petang.

Di Jerman, Commerzbank dan Deutsche Bank naik pada mulanya 0.26% dan 0.37% dan kini menambah keuntungan sehingga 0.70% dan 1.71% setakat pukul 4.09 petang.

Pada masa yang sama, kaunter-kaunter tenaga didagang bercampur-campur pada sesi pagi di Eropah. Total SA (Perancis) ketika ini naik 0.06%, manakala Repsol (Spanyol) susut 0.08%, dan Statoil (Norway) susut 0.20%.

The post Pasaran Saham Eropah Di Buka Lebih Tinggi Pada Rabu, Euro Stoxx 50 Naik 0.30% appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDDmW8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.