Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah ikut nasihat “pantang untuk orang kampung je” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah ikut nasihat “pantang untuk orang kampung je”

Padah ikut nasihat “pantang untuk orang kampung je”|Assalamualaikum . Tolong rahsiakan identiti saya. Saya dah selamat melahirkan anak tapi koyak di bahagian perineum sebab saya angkat pinggul masa meneran.

Saya berpantang di KL, rumah mertua. Meraka tak tahu mengenai adat berpantang kampung, saya adalah menantu sulung yang berpantang disitu.

CL datang uruskan saya untuk 3 hari saja. Dan dia berpesan saya benda ni…

“jangan duduk bersila…”
“jangan angkat berat”
“jangan tidoq dalam aircond”
“jangan makan makanan sejuk”
“jangan makan sayur menyelar”
“jangan mandi air sejuk”
“jangan banyak berjalan”
Ini nasihat dari CL.

Saya & suami cuba jaga ni. Tapi masa hari he 7 saya berpantang, mertua saya datang cakap…
tak perlulah nak pantang macam orang kolot… kalau zaman dulu boleh la… kita ni dah moden.. bukan orang kampung. Dah… bangun tolong masak.

Allah.. terkejut saya masa tu. Saya cakap baik baik, saya kena berpantang sampai 45 hari. Pastu mertua saya marah. Dia cakap dia bukan orang gaji saya nak masakkan untuk saya. Dia cakap kalau nak makan masak sendiri.

Mertua saya pulak masa tu tunjuk statement seorang doktor pakar moden yang cakap..
“Berpantang lepas bersalin ni hanya perlu untuk orang zaman dulu & bukannya sekarang…. zaman kita lain… zaman dulu lain”

Disebabkan kata kata doktor tu, mertua saya pun terpengaruh & ingat saya tak perlu jaga pantang.
Saya anak yatim kak. Sebab tu saya pantang di rumah mertua. Suami saya pulak pegi Singapore untuk 5 hari ni.

Bila saya msg bgtau suami, suami saya cakap sabar sampai dia balik nanti sebab bila dia jauh dia tak boleh buat apa sebab takut mak dia mengamuk nanti.

Saya pun ikut ja arahan mertua. Saya tolong dia masak & basuh pinggan.
Lepastu bab mandikan anak & basuh jemur baju saya yang buat..

Masa hari ke 10 pantang, saya rasa badan tak selesa. Rasa bahagian rahim sakit. Lepas saya pegilah toilet ingat nak membuang.

Bila saya duduk atas toilet bowl tu… ALLAH… tiba2 saya nampak ada sesuatu keluar dari faraj saya. Rasa terlalu tak selesa & lama kelamaan dia keluar lagi.

Saya jerit panggil mertua saya. Dia pun kelam kabut angkat saya masuk bilik& bawa saya pegi klinik.
Saya dengar doktor cakap rahim saya mungkin dibuang… berdebar hati masa tu sebab saya tak tahu apa yang tengah jadi.

Rahim saya jatuh kak.. saya kena prolapse!! Sakit tu tak terasa masa dia keluar. Tapi masa dimasukkan balik tu saya rasa terlalu pedih & perit. Menangis saya masa tu.

Bahagian perineum saya diceroboh lagi. Rasa ngilu semacam.Buat semua wanita, tolonglah ambil tahu pantang larang masa berpantang ni…. sebab sakit bila peranakan kita jatuh ni teramat perit & tak selesa.

Sekarang daya dah nak habis berpantang. Hari ke 43 dah. Baru sempat nak kongsi cerita ini dengan akak. Selepas kejadian tu kan, CL datang balik rumah & jaga saya.

Kutipan dari Penulis buku 9bulan10hari – Nazira Nazir
Ini antara kes yang sebenarnya buat saya kecewa. Dah berulang kali sy nasihatkan ibu ibu untuk jaga pantang sebab bentan, meroyan, tombong semua tu wujud.

Dan tolonglah berpantang di tempat yang selamat Habis orang putih tak pantang ok je…..
Siapa cakap orang putih pantang ok je? Pernah dengar prolapse? prolapse tu rahim jatuh…yg menjadi perkara biasa bagi orang2 putih yang tak jaga pantang di luar sana.

Di Australia, siap ada hotline number lagi untuk ibu ibu yang prolapse ni, sebab keadaan ni dah biasa di sana & sebenarnya menyakitkanlah bila setiap kali rahim tersembur keluar tu kena masukkan balik…!

Maybe ada some pakar perubatan punya pendirian mereka… itu terpulang kepada mereka. No Comment!
Tapi… bagi yang sayang & sukakan adat perbidanan melayu lama, saya akan sangat sangat sarankan setiap ibu selepas bersalin berpantang elok elok. Berpantang bukannya 45 hari saja, tapi jaga pemakanan sampai dah ada cucu cicit.
Bukan orang melayu kita saja, malah orang Cina & India pun sangat tegas dengan menjaga pantang ni.

Sejujurnya walaupun saya ni ala ala moden… tapi bab berpantang saya tetap jaga. Sebab dah tengok depan mata rahim terkeluar & dimasukkan balik. Kesian kakak tu menjerit jerit. Nauzubillah.

BAIK, BUAT SEMUA BAKAL IBU HAMIL… INI SOALAN & JAWAPAN MENGENAI TOMBONG. ALERT JIKA BIMBANG KEHILANGAN RAHIM SELAMANYA.

Apa sebenarnya prolapse/ rahim jatuh / tombong ni?
Ia adalah keadaan bila rahim & servik alami kejatuhan & turun ke vagina disebabkan ligamen dan tisu yang menyokong sistem peranakan jadi lemah.

Apakah tanda tanda rahim / peranakan jatuh?
Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
Ketulan pada faraj
Sukar buang air kecil / besar
Sakit semasa hubungan seks
Sakit belakang
Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
Pendarahan faraj selepas menopaus
Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal

Apa yang menyebabkan peranakan jatuh?
Langgar pantang, makan makanan sejuk & ikut selera.
Angkat benda berat & ibu jari terlanggar sesuatu..
Sembelit ketika tempoh berpantang.

Apa yang perlu dilakukan ketika berpantang?
Jangan lakukan perkara perkara berat.
Jangan angkat berat.
Elakkan stress.
Fikir perkara perkara baik.
Jangan mencangkung terlalu lama ketika membuang.
Jangan duduk bersila.

Bagaimana nak mencegah dari peranakan jatuh?
Elakkan berdiri terlalu lama. Sekiranya terpaksa, pastikan anda selang dengan duduk seketika dan kembali bekerja.
Lakukan senaman pelvik.

Amalkan makanan berkhasiat & minum banyak air bagi mengelakkan sembelit kronik.
Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit.
Memakai bengkung atau korset walaupun sebelum kahwin. Namun, elakkan memakainya terlalu ketat.

Rancang kehamilan dengan elakkan mengandung secara kerap & rapat.
Make sure ketika berpantang, mommy dijaga oleh seseorang.

Dalam kebanyakan adat, mandikan anak pun tak dibenarkan dilakukan ibu berpantang. Kerja ibu yang sedang berpantang ni hanya rehat, makan, menyusu… dan kembali rehat makan & menyusu.
Like share & tag agar setiap wanita dijauhkan dari prolapse ini!
COPYRIGHT@Nazira Nazir:

The post Padah ikut nasihat “pantang untuk orang kampung je” appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gluf6d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.