Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong Merusuh, Ketua Rogol 2 Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong Merusuh, Ketua Rogol 2 Wanita



NEW DELHI: Seorang lelaki dianggap ketua agama dipenjara 10 tahun semalam kerana merogol dua wanita dalam pada pihak berkuasa berjaga-jaga menghadapi kemarahan pengikutnya susulan rusuhan Jumaat lalu yang mengorbankan 38 orang ketika kesnya pertama kali diputuskan mahkamah.

Pegawai kanan bertanggungjawab untuk ketenteraman awam di Haryana, Ram Niwas berkata: “Mahkamah memerintahkan Gurmeet Ram Rahim Singh dipenjara 10 tahun.”

Media tempatan melaporkan Singh, 50, menangis ketika hukuman dijatuhkan dan berulang kali menyatakan dia tidak bersalah selain enggan meninggalkan bilik prosiding.

Puluhan ribu pengikut Singh, 50, membakar kenderaan dan bertempur dengan anggota keselamatan di Haryana, Jumaat lalu, dalam kejadian yang turut mengakibatkan lebih 200 orang cedera selepas dia disabitkan merogol dua wanita terbabit pada 2002.

Susulan itu, beberapa bandar dikenakan perintah berkurung di Haryana serta Punjab, manakala ibu negara, New Delhi juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Di Rohtak, tempat kes dibicarakan, semalam, polis turut diberi arahan menembak sesiapa yang cuba mencetuskan rusuhan.

Talian Internet diputuskan, manakala jalan raya dikenakan sekatan dengan askar turut dikerah untuk membantu mengawal keadaan. Selain itu, lebih 100 penyokong kuat Singh ditahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Singh tidak dibawa ke mahkamah semalam, sebaliknya hakim diterbangkan ke penjara yang dikawal ketat menaiki helikopter.

Singh - digelar ‘guru mengerlip’ kerana gemar pakaian seperti itu - didakwa selepas surat layang dihantar pada 2002 kepada Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee mendakwa beberapa wanita dalam kultus Singh dirogolnya.

Hakim mengarahkan siasatan dilancarkan, tetapi mangsa cuma dikesan beberapa tahun kemudian sebelum dua tampil memfaillkan laporan pada 2007.- Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdLsE8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.