Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia padam iklan seksis papar angka 99 di buah dada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia padam iklan seksis papar angka 99 di buah dada

SEPANG – AirAsia terpaksa memadamkan iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya setelah teruk dikritik netizen yang menuduh syarikat penerbangan tambang rendah itu sebagai seksis.

Maklumat pembatalan dramatik iklan kontroversi berbaur hampir lucah itu disiarkan menerusi satu mesej daripada pasukan komunikasi korporat AirAsia kepada pelbagai portal berita tempatan semalam.

Mesej yang dipetik daripada laman itu berbunyi: “AirAsia menyedari maklum balas yang diterima berhubung iklan yang dipaparkan di laman Facebooknya yang telah dikeluarkan selepas kajian menyeluruh.

“AirAsia ingin memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh iklan itu.” Iklan mengenai kempen promosi secara grafik tersebut memaparkan lukisan seorang wanita yang kelihatan seolah-olah menunjukkan buah dada.

 

AirAsia padam iklan seksis papar angka 99 di buah dada

AirAsia padam iklan seksis papar angka 99 di buah dada

Ayat utama yang tertera ialah “OMG! (ketik untuk lihat)”. Manakala tajuk kecil pada bahagian bawah iklan ‘panas’ tersebut pula berbunyi: “Anda bukan berangan-angan! 10,000 kerusi daripada harga serendah RM99.”

Apabila diketik, imej bersaiz penuh menunjukkan lukisan wanita yang agak teruja memegang angka “99” untuk memaparkan harga promosi istimewa tambang murah ditawarkan operator penerbangan popular berkenaan.

Sebelum itu, syarikat penerbangan Malindo Air pernah menjadi bahan jenaka AirAsia apabila menyiarkan iklan sindiran yang meminta calon pekerja tidak perlu menanggalkan pakaian untuk menjadi petugas kabin pesawat.

Dakwaan liar yang pada mulanya tular dalam kalangan netizen tempatan akhir Mac lalu itu bagaimanapun segera dinafikan oleh pihak pengurusan Malindo Air. 

 

 

 

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber AirAsia padam iklan seksis papar angka 99 di buah dada

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x57HcQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.