Hi! Welcome Back and Stay Tune! TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TRUMP MENGECEWAKAN NAJIB?

Selepas kunjungan Perdana Menteri, Najib Razak ke White House bertemu Donald Trump pada 12 September lalu, heboh diperkatakan kemudiannya bahawa Presiden Amerika itu akan melakukan kunjungan balas ke Malaysia, November ini.
Kunjungan itu dianggap sebagai mengesahkan lagi hubungan akrab Najib dengan Trump dan akan dipergunakan untuk manfaat pilihanraya, meskipun di sebaliknya DOJ terus melakukan siasatan jenayah dan mengemukakan saman sivil berkaitan  aset-aset yang dibeli menggunakan wang curi 1MDB.
Namun, berita ini tentunya mengecewakan Najib dan sekalian pengampu serta penyokongnya.
Trump, dalam jadual kunjungannya ke Asia pada 3 hingga 15 November depan hanya melawat Tokyo, Seoul, Beijing, Hanoi dan Manila, sebaliknya Kuala Lumpur dan Putrajaya terkecuali sebagai destinasi kunjungannya.
Apa sudah jadi? Kenapa Trump tidak singgah ke negara kita?
Tidak mahukah beliau bertemu Najib yang sudah mencurahkan bantuan kira-kira RM100 bilion kepada Amerika?
Setelah berbilion-bilion dicurahkan untuk membodek Trump dengan hujah membantu mengukuhkan ekonomi Amerika, apa alasan sebenar beliau tidak singgah ke Malaysia?
 
Apakah Trump jenis manusia yang tidak mengenang budi dan mudah melupai  bantuan yang diberikan Najib?
Atau adakah keputusan itu kerana Trump kini mula mendengar kecaman pelbagai pihak di Amerika yang menasihatkannya agar menjauhi Najib yang dianggap sebagai “pemimpin crook” di peringkat dunia?
Sudahlah kunjungannya ke Amerika sebelum ini merupakan hanya kunjungan biasa, bukan lawatan rasmi sebagai ketua kerajaan, tiada jamuan rasmi, malah sarapan pagi pun ditanggung sendiri dan kereta juga kena diletakkan di basement atau bawah tanah, Trump dilihat sekali lagi menghampakan Najib kerana tidak datang ke Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam program lawatannya ke Asia.
Bilion-bilion yang dicurahkan nampaknya macam tidak bermakna apa-apa.

Apakah semua ini merupakan tanda-tanda buruk buat 1MDB di Amerika?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJOmzM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.