Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2,089 mangsa banjir di Kota Belud - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2,089 mangsa banjir di Kota Belud

KOTA BELUD: Seramai 2,089 mangsa membabitkan 323 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir di daerah ini.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Tun Said, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan Muhibah Tombol, SMK Taun Gusi Satu, Dewan SMK Arshad dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan.

Lokasi lain ialah di Dewan SK Taun Gusi, Dewan Gopog Taginambur dan Dewan Kompleks Sukan Butong, susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabab, Katizah Rahaban, berkata jumlah penduduk dipindahkan meningkat disebabkan pertambahan kawasan dilanda banjir.

Beliau berkata, setakat ini kawasan terjejas membabitkan 24 kampung sekitar daerah berkenaan, manakala lapan laluan utama di daerah ini terputus akibat dinaiki air.

"Antara kampung berkenaan adalah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Sembirai, Lingkodon, Linau dan Lebak Moyoh.

"Selain itu, paras air sungai di beberapa sungai utama seperti Sungai Kadamaian kini berada pada paras normal iaitu 0.73 meter, manakala Sungai Tampasuk dan Sungai Abai ditahap bahaya, 5.46 meter dan 5.7 meter," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, beliau menasihatkan penduduk kampung di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya segera berpindah jika mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Di Tuaran, seramai 288 mangsa banjir dipindahkan di dua pusat pemindahan setakat pagi ini.



Sumber 2,089 mangsa banjir di Kota Belud

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xcITR4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.