Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akauntan rugi RM500,000 ditipu sindiket 'Macau scam' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akauntan rugi RM500,000 ditipu sindiket 'Macau scam'

GEORGE TOWN: Seorang akauntan lelaki sebuah syarikat swasta di George Town di sini, berputih mata apabila wang RM500,000 hasil simpanannya dalam beberapa akaun bank lesap selepas ditipu individu menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), dipercayai sindiket penipuan 'Macau Scam'.

Mangsa Lim Lye Bee, 53, berkata beliau menerima mesej menerusi telefon bimbitnya daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan kad kreditnya digunakan di sebuah kedai barang kemas berjumlah RM4,299.

"Saya kemudian diminta membuat panggilan ke satu nombor sekiranya tidak melakukan transaksi itu dan kemudian bercakap dengan seorang wanita memaklumkan saya berhutang RM7,900.45 atas kad kredit Visa Platinium CIMB Bank yang didaftarkan atas nama saya pada 25 Ogos lepas.

"Wanita itu memaklumkan kemungkinan nama saya disalah guna oleh orang lain dan dia juga meminta untuk menghubungi BNM di satu nombor yang diberikan untuk siasatan pihak berkenaan (BNM)," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Pekhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Pulau Pinang Gui Guat Lye.

Lim yang berkhidmat sebagai akauntan sejak 27 tahun lepas, berkata beliau menghubungi nombor diberikan wanita itu dan bercakap dengan seorang lelaki yang memaklumkan dia telah membuat semakan di BNM dan mendapati ada orang menggunakan namanya untuk membuat kad kredit.

Beliau berkata lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu meminta beliau menutup semua akaun banknya dan memberikan nombor akaun kepada suspek serta memaklumkan pegawai atasan BNM akan menghubunginya.

"Selepas itu, saya terima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai BNM, dan meminta saya memindahkan duit simpanan ke akaun kawalan BNM atas nama Looi Kai Weng dan Low Chie Seng menerusi dua akaun bank. Saya membuat sembilan kali pindahan wang daripada akaun Public Bank dan Hong Leong Bank milik saya," katanya.

Beliau berkata pegawai yang mendakwa daripada BNM itu memaklumkan buku akaun kawalan BNM dan butiran laporan kes akan diserahkan kepadanya pada keesokan hari, selepas semua urusan selesai namun sehingga kini beliau tidak menerima sebarang dokumen tersebut.

"Selepas mendapati tidak menerima sebarang maklum balas, saya rasa curiga dan tertipu serta membuat laporan polis dan laporan kepada BNM berhubung perkara itu. Saya langsung tidak menyangka akan ditipu kerana percayakan kepada lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu.

"Lagi pun berdasarkan pengalaman seorang pelanggan saya pernah mengalami perkara yang sama iaitu identitinya digunakan orang lain untuk membuat kad kredit. Dia melalui proses yang sama namun tidak ditipu sebaliknya berjaya menyelesaikan masalah kad kredit yang digunakan atas namanya.

"Sebab itu saya percaya, lagi pun sindiket itu memberi butiran lengkap termasuk nombor laporan kes saya," katanya.

Lim berkata semasa urusan dijalankan melibatkan perbualan telefon dan pemindahan wang, dia hanya mengikut arahan sindiket itu tanpa mengesyaki apa-apa, malah berasa seperti dipukau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak terbabit terutama BNM bagi memastikan tidak menjadi mangsa penipuan.

-- BERNAMA



Sumber Akauntan rugi RM500,000 ditipu sindiket 'Macau scam'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzVv6m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.