Indeks Pembuatan UK Bulan Ogos Meningkat Lebih Daripada Jangkaan
Manufacturing production in the UK beat expectations in August, increasing optimism over the British economy, official data showed on Tuesday.
Menerusi laporan daripada Jabatan Statistik UK bacaan indeks pembuatan naik 0.4% bagi bulan Ogos berbanding jangkaan 2% dan data kaji semula untuk bulan Julai yang turun kepada 0.4%.
Berdasarkan unjuran tahunan, indeks pembuatan naik 2.8% pada bulan Ogos, melebihi jangkaan 1.9% dan turut naik lebih tinggi daripada bacaan 2.7% pada bulan sebelumnya.
Pengeluaran industri juga menunjukkan pertumbuhan pada unjuran musim ke musim pada bulan Ogos, meningkat 0.2% seperti jangkaan, dan data yang dikaji semula untuk bulan Julai meningkat kepada 0.3%
Berdasarkan unjuran tahun ke tahun pula, pengeluaran industri meningkat 1.6% pada bulan Ogos, melebihi jangkaan penganalisis pada paras 1.1%.
Walau bagaimanapun, imbangan perdagangan menunjukkan penurunan yang tinggi, jatuh -£14.24 billion pada bulan Ogos berbanding jangkaan defisit -£11.4 billion, dan jatuh lebih rendah berbanding bacaan bulan sebelumnya yang berjumlah -£12.8 billion.
Perdagangan tidak termasuk kesatuan Eropah (non-EU trade) susut £5.38 billion, sedikit susut berbanding £5.34 billion pada bulan Julai, dan turut jatuh lebih daripada jangkaan £3.60 billion.
Selepas laporan dikeluarkan GBP/USD naik 14 pip kepada $1.3190 daripada paras harga $1.3176. EUR/GBP pula didagangkan pada 08.931, turun 7 pip daripada paras 0.8938 manakala GBP/JPY pula naik 19 pip daripada 148.08 kepada 148.29
The post Indeks Pembuatan UK Bulan Ogos Meningkat Lebih Daripada Jangkaan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hYW6dl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment