Hi! Welcome Back and Stay Tune! Girls' Generation di ambang perpecahan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Girls' Generation di ambang perpecahan?

KUMPULAN K-pop wanita popular Girls' Generation atau SNSD dilapor berada di ambang perpecahan.

Biarpun baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan, namun ia tidak menghalang tiga anggota kumpulan tersebut untuk membuat keputusan tidak menyambut kontrak dengan pengurusan SM Entertainment.

Tiga anggota terbabit ialah Sooyoung, Seohyun dan Tiffany.

Sebuah portal hiburan Korea memetik sumber yang memaklumkan bahawa biarpun perpecahan itu bukan secara langsung, namun ia boleh terjadi berdasarkan situasi semasa.

"Ketiga-tiga mereka akan meneruskan karier bersama pengurusan yang lain; tentunya sukar untuk mengatur jadual apabila berada di bawah pengurusan yang berlainan," kata sumber itu.

SM Entertainment dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan Girls' Generation akan dibubarkan.

"Kami perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk tiga anggota yang sudah tamat kontraknya. Namun berpecah tidak ada dalam perancangan apatah lagi mereka adalah aset bernilai kepada kami," kenyataan itu menyebut.

Sebelum ini, Girls' Generation pernah kehilangan seorang ahli, Jessica, yang ditamatkan kontrak pada 2014.

Ditubuhkan pada 2007, Girls' Generation merupakan antara artis Korea Selatan paling berjaya dengan penjualan album melebihi 4 juta unit di seluruh dunia, malah menjadi antara pelopor muzik K-Pop di Amerika Syarikat.



Sumber Girls' Generation di ambang perpecahan?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kDxkAn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.