Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau Ada Yang Kurang Selesa, Saya Minta Maaf” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau Ada Yang Kurang Selesa, Saya Minta Maaf”

Gara-gara sekeping foto dan video yang dikongsi ketika sedang bercuti di Pulau Perhentian baru-baru ini, Nadia Brian menerima kritikan netizen kerana dianggap seksi.

Memetik laporan mStar online, pelakon kacukan Melayu-Australia ini berkata dia terkejut kerana secara tiba-tiba pengikut Instagram miliknya bertambah dan rata-rata memberikan komen mengatakan dia seksi.

“Terkejut juga tiba-tiba followers di Instagram bertambah dan bila baca komen ada yang kata pakaian saya seksi.

“Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai.

“Saya bercuti berdua dengan ibu dan video itu dirakam oleh ibu. Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen,” katanya.

..

Dalam pada itu, aktres berusia 26 tahun ini berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata negatif yang dilontarkan terhadapnya.

Ujarnya, dia lebih selesa memilih untuk mendiamkan diri dan sebolehnya mahu dikenali kerana kerjaya dan bukannya soal peribadi.

“Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

“Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik.

“Kalau ada yang kurang selesa dengan tingkah laku saya, saya mohon maaf,” katanya yang bakal muncul menerusi drama Dekatkan Jarak Kita tidak lama lagi.

The post “Kalau Ada Yang Kurang Selesa, Saya Minta Maaf” appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYEmCU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.