Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Lelaki Gilir Wanita Depan Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Lelaki Gilir Wanita Depan Suami

Tiga Lelaki Gilir Wanita Depan Suami|Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan kelicikan dua daripada tiga suspek kes rogol dan rompak di Sumatera, Indonesia yang berjaya ditangkap selepas hampir tiga minggu melarikan diri.

Dua daripada tiga suspek, Misran, 21, dan Kurniawi, 23, masing-masing ditahan pihak berkuasa di lokasi berbeza bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah dan rogol, sementara suspek ketiga dikenali Ida masih bebas.

Memetik portal Tribunnews, dalam kejadian pada 12 September lalu mangsa, Nurwahyuni diperkosa di depan suaminya, Eko, 39, oleh salah seorang daripada suspek ketika memecah masuk rumah pasangan berkenaan di Kecamatan Pulau Beringin, kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.

Menceritakan detik hitam itu, Eko berkata pada malam kejadian dia mendengar ada orang mengetuk pintu rumahnya lalu pergi membuka pintu sebelum ketiga-tiga perompak menyerbu masuk.

Suspek menggunakan cadar dan mengancam Eko supaya diam, sementara isteri Eko, Nurwahyuni yang ketika itu berada di bilik mandi terus keluar mendapatkan suaminya yang sedang diugut.

Risau keselamatan mereka, Eko sempat menjerit meminta tolong daripada jiran, namun malangnya Eko dipukul di bahagian kepala oleh salah seorang suspek mengakibatkan kepalanya berdarah, lapor Tribunnews.

Suspek kemudian mengikat suami isteri itu menggunakan tali dan memaksa mereka keluar dari rumah dan dibawa ke sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Dalam keadaan Eko yang mengalami kesakitan dan kepalanya berdarah, salah seorang perompak itu bertindak merogol isteri Eko di pondok tersebut.

“Di depan saya dia memperkosa isteri saya.

“Disebabkan perompak terbabit bersenjata tajam (golok), saya cuba untuk melarikan diri bagi mendapatkan bantuan,” kata Eko seperti dilapor portal tersebut, semalam.

Tambah Eko, semasa salah seorang sedang melakukan perbuatan terkutuk itu, dua daripada mereka pula menggeledah rumahnya bagi mencari barang-barang berharga, bagaimanapun tidak menemui apa-apa.

“Tidak ada barang berharga di rumah saya, jadi mereka hanya mengambil telefon bimbit jenis Nokia X2,” katanya.

Eko mengakui mengenali suara dua daripada tiga perompak, sementara seorang lagi hanya mengenali wajah, namun tidak mengetahui nama ketiga-tiga suspek terbabit.

Ketua Polis AKBP, Ahmad Pardomuan mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut dan terus melakukan siasatan terhadap mangsa.

Hasil usaha giat pihak berkuasa, Ahmad berkata dua daripada tiga suspek kes rompak dan rogol itu berjaya ditahan oleh anggota polis Selatan OKU.

Tribunnews melaporkan kedua-dua suspek, Misran dan Kurniawi masing-masing berasal dari Desa Kemu Induk dan Tanjung Bulan, Kecamatan Pulau Beringin.

Siasatan awal mendapati kes itu didalangi oleh Misran, yang pada mulanya pergi mengintip rumah pasangan berkenaan dan menyasarkan untuk mencuri motosikal milik Eko lalu mengajak dua lagi suspek bagi membantu melakukan jenayah tersebut.

Selepas selesai melakukan rompakan dan merogol mangsa, Misran bertindak melarikan diri, manakala Kurniawi pula melarikan diri ke hutan di Pulau Beringin.

Jika sabit kesalahan, Misran bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup, sementara Kurniawi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.

Polis giat membuat seorang lagi suspek yang masih bebas.

The post Tiga Lelaki Gilir Wanita Depan Suami appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xXVpVB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.