Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lancar muzik video, DSV sasar 100 juta tontonan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lancar muzik video, DSV sasar 100 juta tontonan

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida (DSV) melancarkan muzik video rasmi lagu ‘I Am Me’  dengan meletakkan sasaran 100 juta tontonan dalam tempoh tiga bulan.

“Alhamdulillah, muzik video untuk single pertama saya sudah pun dimuat naik di laman YouTube DSV Entertainment. Selepas ini, saya akan terus menggiatkan sesi promosi untuk memperkenalkan muzik video tersebut. Bukan sahaja Malaysia, malah di luar negara.

“Saya akan jadikan hasrat saya sebagai satu realiti dan serius untuk memperluaskan lagi populariti lagu ‘I Am Me’ sehingga ke peringkat antarabangsa,” kata DSV.

Bercerita mengenai muzik video itu, konsep dan jalan cerita datang dari gabungan idea DSV dan pengarah muzik video tersebut, Ghaz Abu Bakar.

“Saya mengeluarkan idea asal. Ghaz memberikan nasihat dan buah fikiran serta idea baharu yang bersesuaian dengan konsep muzik video ‘I Am Me’.

“Penggambaran juga dilakukan di rumah saya yang terletak di Ipoh. Saya berpuas hati dengan hasil akhir yang ditonjolkan oleh Ghaz,” katanya lagi.

Video lirik lagu ‘I Am Me’ mendapat tontonan hampir 8.9 juta pengguna di laman YouTube. 

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @datoserivida

 



Sumber Lancar muzik video, DSV sasar 100 juta tontonan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ycIIIk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.