Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seorang Lagi Suspek Wanita Ditahan Terkait Kematian Kim Chol – KPN Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seorang Lagi Suspek Wanita Ditahan Terkait Kematian Kim Chol – KPN Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lagi wanita ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki Korea Utara bernama Kim Chol.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama pagi ini, namun ketika ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan beberapa siri tangkapan susulan penahanan suspek pertama, semalam.

“Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki terbabit.

“Polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini,” katanya kepada Bernama.

Semalam, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pada pukul 8.20 pagi.

Isnin lepas, Kim Chol yang dipercayai abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 9 pagi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari klia2 setelah mengadu kurang sihat.

Media asing melaporkan Kim Chol sebenarnya ialah Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara itu.

— BERNAMA





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.