Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buaya 1 Tan Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buaya 1 Tan Terperangkap Di Pintu Air Stesen Janakuasa

SHAH ALAM – Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu air kolam takungan di kawasan stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Ventures (KEV) di Kampung Tok Muda dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.45 malam.

Dengan bantuan pekerja KEV, pasukan bomba menemui haiwan berkenaan pada kira-kira 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

“B​​omba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya itu kerana kedudukannya di kawasan sempit dengan kedalaman kira-kira sembilan meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Petugas bomba menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.

“Kerja menyelamat ditamatkan pada 10 pagi tadi dan buaya berkenaan diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” kata Zaidi. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9vfv8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.