Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beckham Ke Malaysia, Jadi Duta Global AIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beckham Ke Malaysia, Jadi Duta Global AIA



BERITA gembira bagi peminat pasukan Manchaster United (MU), apabila pemain sayap berjersi nombor 7 pasukan itu, David Beckham bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.

Kedatangan bintang bola sepak itu bersempena dengan program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival oleh syarikat insurans AIA Malaysia. Dia bakal diterbangkan khas oleh syarikat insurans tersebut.

“Mulai minggu ini, lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham,” kata penganjur dalam laman Facebook rasmi AIA Malaysia.

Tetapi lokasi dan butiran acara belum lagi dinyatakan oleh syarikat insurans tersebut. Namun kepastian sudah diberikan bahawa pemain bola berpengaruh dunia itu bakal berada di Kuala Lumpur pada 22 September depan.

AIA Malaysia juga mengadakan pertandingan di akaun Facebook AIA Malaysia dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang. Para pemenang juga bakal mendapat peluang untuk beramah mesra Beckham.

Untuk pengetahuan umum, Beckham telah dilantik sebagai Duta Global AIA pada Mac yang lalu.

Kedatangan kali ini merupakan kunjungannya yang kedua selepas November 2014 yang lalu sempena menyambut ulang tahun sebuah jam berjenama mewah di Pavillion, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vnWJOM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.