Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Ketua AMK Kelantan Dakwa Pemecatannya Tak Ikut Peraturan Parti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Ketua AMK Kelantan Dakwa Pemecatannya Tak Ikut Peraturan Parti

KOTA BHARU – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran mendakwa pemecatannya tidak mengikut peraturan parti.

Beliau mendakwa keputusan yang dibuat oleh Ketua AMK Kebangsaan Nik Nazmi Nik Ahmad adalah secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.,
“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik AMK mahupun Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap AMK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dakwanya lagi, pemecatannya juga berdasarkan memorandum yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin AMK (PKR) Kelantan yang tidak sah susulan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang.

Beliau berkata memorandum yang mempertikaikan pendirian AMK Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan Kelantan juga adalah bertentangan dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang terus mempertahankan kerjasama dengan PAS dalam pentadbiran kerajaan negerinya dengan Nik Nazmi sendiri merupakan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.

Semalam, Dr Mohd Hafidz Rizal dipecat sebagai Ketua AMK Kelantan oleh Nik Nazmi melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp.

Media sebelum ini melaporkan PKR Kelantan kini berpecah ekoran ada pemimpin yang “mesra PAS” walaupun parti itu telah memutuskan kerjasamanya dengan PKR.

Kemelut bertambah buruk apabila ada jawatankuasa AMK Kelantan mengumumkan hilang sokongan terhadap Dr Mohd Hafidz Rizal serta mendesaknya meletak jawatan, disusuli dengan memorandum yang dikatakan ditandatangani pemimpin AMK peringkat cabang yang kemudian dihantar kepada pucuk pimpinan pusat. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vnaOko

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.