Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya Sebab Tertumpah Air, Wanita Sanggup Maki Waiter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya Sebab Tertumpah Air, Wanita Sanggup Maki Waiter

INSIDEN pelayan dimarahi pelanggan ketika sedang menghidangkan makanan atau minuman sering kali disajikan dalam babak-babak drama dan filem.

Namun, dalam kehidupan realiti jarang-jarang sekali situasi seperti ini berlaku, mungkin disebabkan sikap sopan-santun dan berbudi bahasa yang dimiliki dalam diri rakyat Malaysia yang cukup menebal.

Tapi berlainan bagi seorang netizen yang melalui sendiri situasi seperti itu apabila baru-baru ini dia menjadi saksi terhadap insiden seorang wanita memarahi waiter gara-gara si pelayan tertumpahkan air kat tudung dipakainya.

@wottni menulis, “Sambil makan sambil tengok akak ni jerit “bodohlah ni duckscarves kau tau tak!” sebab waiter tertumpah air kat tudung dia.”

Bengang dengan insiden itu, @wottni turut meluahkan kata-kata, “Gaji habis beli tudung tapi lupa beli manners.”

Twit itu kemudiannya menerima lebih daripada 5,000 retweets yang mana-mana rata-rata mencemuh tindakan wanita ‘berlagak’ itu.

Untuk makluman, Duckscarves merupakan jenama tudung popular milik pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof yang cukup terkenal di laman Instagramnya.

Tudung keluaran jenama ini sering kali menjadi perhatian kebanyakan wanita berkerjaya yang mana setiap kali keluar keluaran terbaharu di pasaran, pasti hari itu juga sold out.

Harga bagi sehelai Duckscarves boleh mencecah sehingga RM600 lebih-lebih lagi untuk edisi terhad keluaran mereka.

Apa-apa pun, berbalik kepada cerita kakak maki waiter tadi, jagalah tingkah laku dan adab sopan, kalau betul nak tegur, cakap baik-baik kan boleh.

Ingat ya, tidak kira dengan siapa pun, tak kira dia vip ke, pelayan ke, sama-sama kita saling hormat-menghormati. Hormat-menghormatikan budaya kita. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vF8Yqq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.