LHDN beri Shaheizy enam bulan
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan pelakon Shaheizy Sam supaya menyelesaikan segala tunggakan cukai dalam tempoh enam bulan ini sebelum prosiding kes bankrap terhadapnya difailkan pada 15 Februari tahun depan.
Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN Masrun Maslim berkata, notis bankrap yang difailkan terhadap pelakon berkenaan semalam bertujuan untuk melengkapkan penyampaian ganti (sudah dimaklumkan kepada individu).
Katanya, LHDN sudah menyampaikan semua dokumen kepada mahkamah dan mahkamah akan menetapkan bila tarikh prosiding sebenarnya.
"Dalam prosedur, enam bulan selepas penyampaian ganti sempurna baru tarikh prosiding ditetapkan, jadi semalam mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan.
"Jadi, sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak, buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,"katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Merdeka 2017 di Cyberjaya, hari ini.
Masrun berkata, jika semua tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan ini, LHDN akan menarik balik kebankrapan terhadap pelakon berkenaan.
"Jika, dia sudah menyelesaikan semua tunggakan dan cawangan guaman kita berpuas hati, kita boleh tarik balik (notis kebankrapan).
"Ini macam kes Nelydia Senrose, kita tarik balik waran tangkap kerana dia sudah membayar cukai dalam tempoh sebelum kes difailkan di mahkamah. Kita berpuas hati dan tarik balik waran tangkap, ini bertujuan untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai lain,"katanya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.
Peguam LHDN Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar dipetik berkata, tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar, dan mahkamah mengarahkan pihak LHDN supaya memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.
LHDN sebelum ini berkata, tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar dibuat mengikut prosedur ditetapkan.
Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mengakui tidak tahu-menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.
Dakwanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini mengenai isu berkenaan.
#kw Shaheizy Sam boleh menyelesaikan segala tunggakan cukai dalam tempoh enam bulan, LHDN, kes bankrap
Berita berkaitan:
• Prosiding bankrap Shaheizy diteruskan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vA3XQI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment