Bursa Malaysia: Kaunter Aktif DutaLand, Naik Ke Paras Tertinggi 2 Tahun Lalu
Bursa Saham Malaysia melihat peningkatan paling tinggi pada kaunter aktif DutaLand Bhd. hari ini dengan kenaikan 12 sen atau 23.76% kepada 59.6 sen per saham setakat jam 3.30 petang.
Sehingga 21.25 juta saham telah didagangkan pada jam 2.10 petang dengan kenaikan harga saham meningkat 38.37% sejak awal bulan ini.
Kenaikan saham DutaLand ke paras tertinggi sejak 2 tahun lalu disebabkan oleh pengumuman daripada pihak mereka semalam untuk menjual hampir 11,600 hektar tanah kepada Boustead Plantation Bhd.
DutaLand mengumumkan anak syarikat mereka, Pertama Land & Development Sdn Bhd, telah menerima surat pengisytiharan daripada Boustead Plantation untuk membeli tanah bernilai RM750 juta.
Tanah yang terdiri daripada 42 petak lot, berada di sekitar kawasan Labuk dan Sugut di Sabah.
Pada 2011, IOI Corp pernah berunding untuk dapatkan tanah seluar 11,978 hektar di kawasan yang sama dari DutaLand pada harga RM830 juta. Walau bagaimanapun, rundingan dibatalkan oleh IOI dengan mendakwa DutaLand tidak mematuhi terma dan syarat yang dijanjikan.
The post Bursa Malaysia: Kaunter Aktif DutaLand, Naik Ke Paras Tertinggi 2 Tahun Lalu appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXybj8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment