Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi Produser Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi Produser Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah

Lagi Produser Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah

Nama Aliff Aziz kini amat popular dan terus sinonim dengan gelaran 'bad boy' kerana pelbagai kontroversi yang melanda.

Kini seorang lagi produser mendedahkan sisi lain dari Aliff Aziz.

Walaupun Aliff Aziz sering dikritik kerana pernah dikatakan tidak berdisiplin, produser Zeel Production pula memuji sikap artis itu.

Pemilik syarikat itu iaitu Fadzil Teh berkata, Aliff Aziz menunjukkan disiplin yang baik sepanjang penggambaran drama terbitannya iaitu "Meh Sandar Lagi" lakonan bersama Mira Filzah lapor mStar.

Seorang Lagi Produser Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Bergandingan Dengan Mira Filzah

Drama ini  akan ditayangkan di TV3 bermula 28 Ogos ini.

Ini pendedahan dari Fadzil Teh yang lebih mesra disapa Hj Zil:

"Pengalaman bekerja dengannya sangat menyenangkan dan paling penting Aliff bersikap profesional ketika berada di set dan saya juga berpuas hati dengan disiplin ditunjukkan.

"Aliff mempunyai bakat besar sebagai pelakon dan sayang sekiranya bakat itu disia-siakan hanya kerana kesalahan dilakukannya,"

"Sebelum ini ada juga orang menyampaikan cerita kurang enak tentangnya tetapi saya tetap mengambilnya berlakon dan Alhamdulillah dia bukan seperti dikatakan.

"Dia tidak sempurna dan ada kelemahan tetapi secara keseluruhannya dia tunjuk usaha memperbaiki diri dan paling penting dia tidak timbulkan masalah,"

"Sepatutnya Aliff kembali ke set Meh Sandar Lagi lebih awal tetapi isu yang melanda dirinya membuatkan proses penggambaran tergendala seketika. Pihak kami memberi peluang kepadanya untuk selesaikan masalah,"

Seorang Lagi Produser Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Bergandingan Dengan Mira Filzah

Meh Sandar Lagi turut menampilkan barisan pelakon seperti Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada dan Alicia Amin.

Ia akan disiarkan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam.



Sumber Lagi Produser Dedah Perangai Sebenar Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vrXM0P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.