Hi! Welcome Back and Stay Tune! Venue Final Bolasepak Dari Bukit Jalil Tukar Shah Alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Venue Final Bolasepak Dari Bukit Jalil Tukar Shah Alam


SEBELUM ini perlawanan akhir bola sepak dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun hari ini menerusi laman Twitternya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengatakan venue untuk perlawanan tersebut telah bertukar.

Venue untuk final bola sepak Sukan Sea KL2017 itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Menurut Khairy keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor. Antara salah satunya ialah kerana ia menurut permintaan pasukan bola sepak Harimau Muda dan jurulatih mereka, Datuk Ong Kim Swee.

Perbincangan untuk penukaran venue itu dilakukan hasil perbincangan bersama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Ong Kim Swee.

Harga tiket bagi perlawanan akhir adalah RM21.20 dan maklumat lanjut akan diwar-warkan menerusi laman rasmi Twitter KL2017 @KL2017.

Pasukan Malaysia bakal berhadapan dengan Thailand dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung Selasa ini.

Stadium Shah Alam boleh memuatkan sehingga 80,372 penonton. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJ0B27

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.