Harga Berkas PlayStation VR Bersama PlayStation Camera Dikemaskini – Kini Berharga RM1749
Sony kini telah mengemaskini harga jualan untuk berkas jualan PlayStation VR bersama PlayStation Camera. Sebelum ini, Sony menjual ia pada harga RM1949, dan kini ia dikurangkan sebanyak RM200, dan akan dijual pada harga RM1749 bermula 1 September 2017.
PlayStation VR merupakan set realiti-maya daripada Sony, dan telah ditawarkan sejak setahun yang lepas. Sejumlah permainan telah ditawarkan untuknya, dan menurut Sony, terdapat sekitar 140 permainan buat masa ini pada PlayStation VR.
Dengan pengurangan harga ini, kita mungkin dapat melihat lebih ramai mendapatkan set realiti-maya PlayStation ini – sekaligus membuatkan lebih ramai pembangun menawarkan permainan untuk platform berkenaan.
Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan berkas PlayStation VR ini? Atau anda masih skeptikal dengan permainan berasaskan realiti-maya ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vnOZRB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment