Memandu Ketika Berdepan Dengan Jalan Berlumpur, Ini Tip Untuk Elak Dari Kenderaan Tersangkut
Melakukan aktiviti lasak di luar, seperti memandu pacuan empat roda, untuk pengembaraan di dalam hutan seperti mendaki bukit atau menyelusuri sungai pastinya satu pengalaman yang sangat mencabar.
Mungkin dalam melakukan aktiviti itu, akan berdepan dengan situasi yang tegang, seperti terpaksa melalui kawasan berlumpur. Ini antara salah satu kerisauan, kerana khuatir kenderaan akan tersangkut di dalam lumpur.
Bagi memastikan kelancaran juga untuk melepaskan diri dan elak dari tersangkut, ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Ikuti perkongsian kali ini.
a. Pilihan pemanduan selamat
1. Turun dari kenderaan dan cuba periksa keadaan lumpur
2. Hidupkan sistem kawalan cengkaman
Jika tidak, boleh hidupkan secara manual.
Namun begitu, jika menghidupkan sistem ini, ia akan menyukarkan kenderaan untuk keluar dari lumpur jika sudah tersangkut. Pilihan yang ada adalah, matikan dahulu sistem ini, dan hidupkan kembali jika sudah berjaya keluar.
3. Bertukar pada 4WD
Dengan 4H ia akan menggunakan keempat-empat tayar. Namun jika keadaan jalan teruk, gunakan 4L, ini akan memperlahankan pergerakan tayar tetapi lebih cengkaman.
Harus diingat, kesemua pacuan empat roda tidak mempunyai pilihan 2H, kerana ia gunakan keempat-empat tayar setiap masa.
Ada sesetengah 4WD akan mula mengering jika tidak digunakan sistem tersebut dalam jangka masa panjang. Cuba gunakan setiap dua bulan, walau hanya dalam keadaan jalan yang basah.
4. Gunakan gear rendah
Tukarkan kembali pada gear yang lebih tinggi bila mana berada di jalan yang stabil.
5. Penggunaan pedal minyak dan brek
Elak dari buat pertukaran kelajuan terlalu cepat untuk beri masa kepada tayar sesuaikan dengan laluan dan cengkaman yang baik.
6. Elak jalan berlubang
Ini langkah yang penting untuk diikuti, lebih-lebih lagi jika jalan itu banyak dilalui oleh kenderaan berat.
7. Betulkan kedudukan tayar yang tergelincir
Lepaskan pedal minyak dan tunggu kenderaan perlahan, bila dah perlahan tunggu sehingga tayar hadapan dapat kawalan semula. Kemudian pusing stereng ke arah yang sama untuk dapatkan kembali kawalan ke atas kenderaan.
Elak tekan brek yang kuat jika kenderaan tergelincir, ini akan buatkan lebih cepat hilang kawalan.
1. Hidupkan lampu kecemasan
2. Lihat kenderaan yang hadir
3. Ke depan dan ke belakang
Berhenti buat semua, jika tayar mula untuk terus berputar. Pusingkan stereng, dan cuba sekali lagi.
Untuk kenderaan manual, cara ini lebih sesuai dengan gear tinggi, tetapi bagi kenderaan automatik, gunakan gear rendah.
4. Buang angin tayar
Ini akan berikan cengkaman yang lebih pada permukaan. Jika sudah kembali ke jalan rata, tambah kembali tekanan tayar.
5. Tambah pasir atau sampah pada tanah/permukaan
6. Letakkan alas kaki
Ini akan berikan tayar cengkaman yang lebih pada permukaan rata.
Boleh juga gunakan kotak kadbod untuk gantikan alas kaki.
7. Gali dengan cangkul
Ini adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk elak dari tersangkut dalam lumpur dan cuba keluar dari lumpur. Sekiranya melakukan aktiviti luar atau berada di kawasan yang berlumpur, boleh lakukan cara yang dikongsikan ini untuk selamatkan diri. – Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2glHmEE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment