Pekan Oya Kini Berwajah Baru
Pekan lama Oya yang dulu nampak agak uzur kini telah berubah wajah setelah kerja menaiktaraf Dataran Mini Oya Square siap dibina. Deretan Kedai kayu lama juga dibaikpulih dengan dengan warna ala tradisional seolah terletak di Bandar Hulu Melaka. Pentas Rakyat yang baru dibina juga cukup untuk kegunaan masyarakat tempatan membuat sebarang program atau aktiviti pementasan.
Pada waktu tengahari Dataran Oya Square digunakan sebagai kawasan gerai2 menjaja makanan serta minuman yang kini juga semakin mendapat sambutan dikalangan komuniti tempatan. Selain itu pekan Oya juga menyediakan Pasar Sabtu sebagai tempat menjual hasil tangkapan laut, kuih buatan tempatan dan barbagai jualan lain. Pengunjung Pasar Sabtu Oya telah menarik ramai pengunjung luar termasuk mukah, Dalat, Igan, Matu dan Daro.
Kalau berjalan ke Oya pada sebelah petang jangan lupa untuk singgah di kedai makan makanan laut yang terletak di Kuala Oya berdekatan kawasan Tapak Kaul D'Sanglau.
Setelah siapnya laluan jalan/Jambatan2 ke Dalat dan Jalan/Jambatan ke Igan/Matu(Feri)/Daro nampaknya pekan Oya kini telah kembali berseri sebagai salah satu destinasi pengunjung dan bukan lagi dikenali sebagai 'Ghost Town' sebelum ini. Ini semua adalah atas usahasama pemimpin rakyat dan masyarakat tempatan. Syukur nang Jereki a kampung!
Post a Comment