Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembongkaran Penipuan Sejarah Ulama Mesir dan Siapa Boneka Menghalalkan Riba (Artikel Pilihan Hari ini) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembongkaran Penipuan Sejarah Ulama Mesir dan Siapa Boneka Menghalalkan Riba (Artikel Pilihan Hari ini)


FREEMASON menurut Wikipedia ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu DAJJAL (Supreme Being).



Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam dunia. Walaupun 300 tahun dahulu Mesir bukan negara rujukan ulama dunia, tetapi kini fatwa Al-Azhar dirujuk hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Apabila seluruh rakyat Mesir telah mengguna-pakai wang kertas maka bank-bank mula melakukan bisnes kotor iaitu menawarkan pinjaman dgn faedah kpd org2 awam, persatuan, peniaga2 kecil serta badan-badan kerajaan. Dengan berlakunya lambakan situasi tersebut maka timbullah isu baru dalam dunia perundagan Islam Mesir berkaitan riba bank, dan sebagainya. 

Banyak perdebatan berlaku dikalangan ulama dan terdapat banyak pandangan dalam isu tersebut. Bagi memastikan orang2 Islam Mesir mengambil dan mengguna pakai pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama-ulama sekular yg cenderung ke arah pemikiran barat dan boleh dipergunakan untuk kepentingan bank. Jadi, ulama manakah yg boleh bersetuju dgn riba ini kerana ia jelas haram?? 

Untuk memastikan perancangan berjalan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir sudah pun mempunyai stok ulama khusus dalam hal ini. Maka Rothschild memilih ulama2 Al-Azhar yang menyertai organisasi Freemason di Mesir. Ketika itu, ada tiga ulama terkenal yg menyertai Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida. 


FATWA ULAMA FREEMASON MENGHALALKAN RIBA 

Ulama pertama yg dipercayai mengeluarkan fatwa Riba menghalalkan riba bank atas keadaan-keadaan tertentu ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Fatwa itu dikeluarkan pada 1904. 
Kesan dari fatwa yg tidak bertanggungjawab itu, maka ramailah ulama2 kontemporari dari seluruh dunia Islam terpengaruh, tambahan pula pada waktu tersebut, dunia Islam dilanda pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia. 

Ia adalah saat yang menggemparkan ulama-ulama Islam dari seluruh dunia. Ia seolah-olah satu pertembungan pendapat antara golongan ulama muda yg ekstrem menagih pembangunan sosial dengan ulama pondok yg sudah berpengalaman dengan taktik Freemason.


Ulama seluruh dunia tahu bahawa fatwa tersebut adalah ''berat'' dan terselindung pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (kelahiran Iran) adalah ahli Freemason di Kaherah yang bersekongkol dengan Illuminati.
Malah Khalifah Uthmaniyah ketika itu, Sultan Abdul Hamid menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai ''pelawak'' di dalam buku log baginda. Gelaran ''penghinaan' itu diberikan berikutan baginda telahpun mengetahui bahawa Jamaluddin adalah perisik British dan sedang berkomplot menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothshild di Mekah iaitu Sherif Hussain.


Sebenarnya, perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Pada 1898, ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir, pada masa yang sama juga Majlis Ulamak Al-Azhar telah mengumumkan fatwa sistem perbankan riba yg diamalkan oleh bank-bank di Mesir adalah haram. 


Kenyataan rasmi fatwa ini berlawanan dgn kaedah perniagaan Rothschild, maka bagi mengkaburi umat Islam dan melawan fatwa ini, Lord Cromer dengan kuasanya telah melantik sahabatnya Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir.
Pada 1899, Muhammad Abduh secara rasminya mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah HALAL.


Dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyebut, ''Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal, manakala Pejabat Pos melabur wang yg diambil daripada orang rama melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak pos.
Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad.''
(Majalah Al-Manar, Vol.VI, bab18, ms 717) 


Fatwa riba sebagai halal diteruskan lagi penggunaannya oleh Mufti Mesir selepas itu iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, juga seorang Wahabi Salafi dan anak murid kepada Muhammad Abduh.

Perlantikan Rasyid Rida seorang warga Syria sebagai Mufti juga sudah tentu di atas restu British kerana beliau membawa fahaman fatwa yg sama. Tambahan pula, Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin juga merupakan ahli Freemason yang berpangkat di Kaherah. 


Ketiga-tiga ulama Freemason ini juga giat melancarkan fahaman menentang ulama-ulama tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama-ulama berkenaan
* (Malangnya, di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh ditulis sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan kedua-duanya adalah tali barut British-Freemason)



MUFTI AL-AZHAR DIPERMAINKAN ROTHSCHILD


Rothschild amat teliti dalam urusan fatwa ini. Rothschild memilih menguasai Mesir satu ketika dahulu melalui pembelian saham Terusan Suez supaya negara Mesir dapat dikuasai. 


Apabila pimpinan kerajaan Mesir dikuasai, secara automatisnya autoriti melantik mufti, jawatankuasa ulama dan proses menggubal perlembagaan negara juga dikuasai. 


Rothschild memerlukan satu perkataan sahaja yang keluar dari Mufti Al-Azhar iaitu HALAL. Selepas itu, seluruh jiwa dan raga rakyat Islam seluruh dunia akan berjaya dicengkam.
Mengapa mesti Mufti Al-Azhar? 
Ianya kerana seluruh umat Islam dunia lebih tertumpu kepada pandangan para ulama Al-Azhar. Menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam seluruh dunia.


MAJLIS FATWA ROTHSCHILD



Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah majlis propaganda yg dibina sendiri oleh Rothschild. Darul Iftaa dibina untuk melawan fatwa ulama Al-Azhar lain yg bersifat bebas.
Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan pendapat umat Islam.
Kemudian Rothschild telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut Abdel Rahman, kewujudan tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan sekian lama umat Islam Mesir. 


''ULAMA-ULAMA SYAITAN'' BERFATWA TENTANG FAEDAH BANK

JIka golongan ulama sebegini berani memutar beli ayat al-Quran dan melabelkan yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama sebegini ''Ulama Syaitan''. 


Ulamak tersohor, Imam Habib Abdullah Haddad menyebut dalam kitabnya An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya al-Imaniyah; ''Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kpd org awam cara2 mudah utk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan utk membelit atau menipu...'''


''Orang alim yg bersikap seperti ini ialah syaitan yg durjana, pengingkar dan penentang Allah dan RasulNya. Sebenarnya ia telah dilantk oleh Syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia, agar ia biasa menabur fitnah dajjal dan menunjuk kepada kesesatan dan kekeliruan...''

Riba bank khususnya atas 'pinjaman' adalah satu kaedah Rothschild bagi memufliskan sesebuah negara. Negara yg dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat2 kejuruteraan luar. 
Memandakangkan kos upah yg tinggi maka syarikat2 kejuruteraan akan mencadangkan bank-bank kroni mereka utk memudahkan kerajaan membuat pinjaman, maka berhutanglah sesebuah negara sehingga akhirat tanpa kesudahan bayaran. 

Malangnya, ulama kontemporari sekarang menganggap wang kertas adalah satu aspek lain dalam penentuan hukum riba perbankan. 
Ulama ini terpesona dgn ''zauq'' istilah ''prinsip darurah'' yg berlegar2 dalam ''riba-al nasiah''. Mereka juga mengelak daripada membincangkan isu berkenaan penggunaan wang kertas.


PENIPUAN SEJARAH


Sejarah mencatatkan Shiekh Muhammad Abduh dan gurunya melalui gerakan Islam mengajak umat Islam Mesir menentang penjajahan British tetapi dalam masa yang sama, beliau menyertai Freemason Kaherah dan mengeluarkan fatwa menghalalkan riba bank sedangkan beliau sendiri mengetahui ketika itu bank-bank Rothschild sudah mula membuka cawangan di Mesir. 


Sehingga kini Mesir mempunyai lebih 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah kedua-duanya benar2 menentang British atau ''diarah' untuk berlakon menentang British?? 
Adakah sejarah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak pandai membaca fakta? ''Whoever controls the media, controls the mind..'' Rothschild mengawal sejarah dunia agar sentiasa palsu pada skala-skala tertentu dan tidak menonjolkan gerak kerja konspirasi mereka. Rothschild tidak ada masalah untuk mengugut, membunuh dan merasuah ahli sejarah peringkat noble trophy bagi menyembunyikan kegiatan jahat mereka. 

Hatta pemimpin diktator dunia sendiri pun mampu diperkudakan mereka apatah lagi ahli sejarah dunia yang tidak mempunyai pengikut ekstrem. 
Kelangsungan dari pengaruh Rothschid ini, harus kita pelajari dan memahami di manakah penipuan yang berlaku dalam pendidikan Sejarah agar maklumat dan peristiwa yg benar sahaja dapat disumbat dalam ruang-ruang buku sejarah.


KESIMPULAN

Semua jenis manusia sama ada ulama-ulama, ahli politik, cendekiawan, ahli sejarah, saintis, mahu pun ulama Islam, sami sami, tuan-tuan guru pondok, maka disimpulkan semuanya mampu dipengaruhi Rothschild, hanya dengan pengaruh wang dan pangkat.
Sogokan, rasuah, pangkat kemasyuran dan sebagainya mudah diberikan untuk memanipulasi seseorang agar mengikut kehendak mereka.


Tetapi ada jenis manusia yang tidak boleh ditembus oleh Rothschild & Dajjal, iaitu Waliyullah atau lebih terkenal sebagai ahli ahli sufi. Golongan ini muncul hasil kesepaduan ilmu tasawuf yang diberikan oleh Rasullullah S.A.W secara bersanad dan tidak boleh belajar melalui peperiksaan awam, kerana ia melibatkan praktikal hati. Disebabkan golongan ini jugalah yang dijanjikan Allah tergolong dalam Rijal Qhaib yang bakal menjadi tentera Imam Mahdi kelak menentang tentera Dajjal. 


(Gambar) Ulama Freemason :
Muhammad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Rashid Rida



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.