Perkahwinan Masyarakat Melanau Mukah
Adat dan istiadat perkahwinan melanau adalah hampir dan sama dengan masyarakat lain di Malaysia malah mana-mana di bahagian Nusantara. Sejak turun temurun perkahwinan Melanau banyak dipengaruhi budaya melayu dan jawa dan ini dapat diperhati kepada adat dan perhiasan perkahwinan terutama yang beragama Islam. Pada zaman sekarang pengaruh agama Kristian dan Islam mempengaruhi adat dan istiadat melanau Mukah. Sebenarnya, pasangan pengatin melanau akan menghadapi tiga jenis perkahwinan yang lengkap dalam upacara perkahwinan mereka.
Gambar Ikhsan : Latip Collection Mukah
1) Perkahwinan Sivil.
Perkahwinan ini tertakluk kepada Akta 164 Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian) 1976. Wajib pasangan melanau itu mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara dan ia adalah bersifat monogami.
2) Perkahwinan Agama Baik Kristian mahupun Islam.
Kedua-dua mempelai wajib dinikahi oleh Rev. Paderi atau Tok Kadi. Perkahwinan Katolik tertakluk kepada Hukum Gereja Tahun 1983 (kan. 1141)
3) Perkahwinan Adat.
Perkahwinan ini diketuai oleh seorang orang tua yang pada kebiasaanya dilakukan oleh Penghulu Kampung. Perkahwinan terakhir ini boleh dilakukan selepas dua Perkahwinan Sivil dan Perkahwinan Agama selesai dilakukan. Perkahwinan adat ini lebih kepada bermaksud memberitahu kepada seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan orang kampung akan status pasangan mereka.Kesimpulanya, sepasang pasangan pengantin melanau harus melalui ketiga-tiga proses perkahwinan sebelum mereka benar-benar sah berkahwin.
Post a Comment