Program Transformasi Usahawan Desa Sarawak 2016 dilancarkan di Balingian
Daerah kecil Balingian telah dipilih oleh kerajaan Negeri Sarawak melalui agensi pelaksana Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) sebagai salah satu pusat Transformasi usahawan Desa (TUDS) di Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak Datuk Mohd.Naroden Majais di tapak Anjung Usahawan pada 24.2.2016 yang mana tempat ini nanti akan diguna sebagai Pasaraya-Mini yang dimiliki serta diusaha sepenuhnya oleh Koperasi Masliba Balingian Sarawak Berhad KMBSB). Turut sama mengiringi beliau ialah wakil rakyat N.51 Balingian Encik Yussibnosh Balo berserta tetamu-tetamu jemputan.
Dalam pada yang sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah meluluskan 3 permohonan untuk menubuhkan koperasi daripada Koperasi Kampung Pulat, Koperasi Kampung Suyong dan Koperasi Kampung Kuala Balingian. Penduduk Balingian juga telah dimaklumkan sebuah Pasar Ikan akan dibina di Kuala Balingian sebagai pusat menjual hasil tangkapan laut dan juga pembinaan kilang ais untuk kegunaan harian para nelayan dan penduduk sekitar Balingian. Antara agensi kerajaan lain yang turut serta dalam TUDS ialah SKM, LKIM, SEDC, Jabatan Pertanian dan Pejabatan Residen sebagai agensi penyelaras program. Tahniah orang Balingian. Nang jereki a gak kampung! MP
Post a Comment