Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuaca Panas EKUINOK : Nasihat Kepada Orang Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuaca Panas EKUINOK : Nasihat Kepada Orang Ramai

 

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.



Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah : 

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).



Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau: 

 1. Anda Perlu :

Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar 

 2 Elakkan:

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah; 

Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.  



Sumber :  www.infosihat.gov.my 

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.