Hi! Welcome Back and Stay Tune! DUN Balingian: Faridah digugurkan, dua nama bersaing hebat menjadi calon! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DUN Balingian: Faridah digugurkan, dua nama bersaing hebat menjadi calon!




Sumber  :  sarawakvoice.com

MUKAH: Setelah lebih dua bulan namanya dicanangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, nama Faridah Osman, 55, akhirnya sah digugurkan daripada senarai.

Menurut sumber dalaman BN, pengguguran Faridah dikatakan ada kaitan dengan bantahan dan petisyen PBB kawasan Balingian, baik secara langsung kepada Presiden parti, Tan Sri Adenan Satem mahupun melalui mantan ADUN kawasan tersebut, Tun Abdul Taib Mahmud yang kini Yang di-Pertua Negeri baru-baru ini. 
Sumber memberitahu nama Faridah sebenarnya telah diumumkan  Presiden Parti dalam majlis yang dihadiri sayap Pemuda dan Wanita pada 24 Januari lalu.
Nama Faridah mula  melantun apabila DUN Tellian diwujudkan sebagai DUN baharu dalam kawasan Parlimen Mukah.
Faridah merupakan anak jati Balingian telah berkecimpung lebih 20 tahun dalam politik sebelum dilantik menganggotai MT Wanita PBB.
Beliau juga terlibat dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkis) dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS).
Balingian  terletak 60 km dari bandar Mukah, mempunyai sekitar 8,600 pengundi dengan 70 peratus daripadanya Melanau.  Terdapat  sekitar 60 buah rumah panjang  Iban di kawasan itu.
Sebelum berpisah dengan DUN Tellian, ia memiliki lebih 14 ribu pengundi.
Dengan pengguguran Faridah, beberapa nama lain mula mencanak naik sebagai calon berpotensi menang di kawasan majoriti Melanau itu.

Antaranya,  Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Mukah, Sulaiman Sahari dan Walikota Majlis Daerah Dalat Mukah, Abdul Yakub Arbi. Kedua-dua calon ini ialah anak tempatan yang memiliki pengalaman panjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam parti.
Kata sumber itu lagi, kedua-dua calon telah menyerahkan profil masing-masing kepada Presiden parti untuk dipertimbangkan setelah nama Faridah goyah.
Sulaiman yang kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara merupakan seorang usahawan dalam sektor industri makanan.

Yakub pula merupakan siswazah Ekonomi dari Universiti Deakin di Australia dan usahawan berjaya sebelum dilantik sebagai Walikota Dalat Mukah, menggantikan Ali Suhaili. Beliau juga merupakan Pengerusi Saberkas Cawangan Balingian.

Kalau pemilihan perlu dilakukan oleh pemimpin tertinggi PBB, sentimen akar umbi dikatakan lebih menyukai Sulaiman  berbanding Yakub. Sulaiman  disifatkan seorang yang merendah diri, gigih, dan  mempunyai sentuhan kerakyatan, selain telah lama berkhidmat dalam parti.
Jelas sumber itu lagi, Adenan dijangka akan mengumumkan nama calon tersebut sedikit masa lagi, mungkin dalam beberapa acara terakhir di sana sebelum DUN dibubarkan.
Program Sejiwa Senada di Mukah yang dijadualkan pada 18 hingga 20 Mac ini dilihat sebagai platform terbaik untuk Tok Nan melakukan pengumuman nama calon kawasan tersebut.
Selain DUN Balingian, dua lagi DUN yang terletak di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Dalat dan DUN baharu, DUN Tellian.
Yossibnosh Balo, penyandang DUN Balingian yang menang hampir 7, 000 undi dalam pilihan raya kecil 2014 selepas pengunduran Taib dikatakan akan berpindah ke DUN Tellian yang mempunyai sekitar 8,000 pengundi, langkah yang dianggap tepat oleh pemerhati politik memandangkan beliau memang berasal dari Kampung Tellian Tengah.
Yang menarik tentang senario politik di kawasan majoriti Melanau ini, ia terikat dengan konsensus pembahagian kerusi  antara wakil rakyat Islam dan bukan Islam.
Ketika ini Ahli Parlimen Mukah ialah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad, ADUN Dalat, Datuk Fatimah Abdullah dan ADUN Balingian, Yossibnosh Balo. Berdasarkan perkiraan ini, ketika Yossibnosh beralih ke DUN Tellian,  DUN Balingian akan menampilkan calon Islam.
Untuk rekod, Leo Toyad merupakan seorang Kristian ketika mula-mula menjadi Ahli Parlimen Mukah, tetapi kemudiannya memeluk Islam,  manakala ADUN Balingian ketika itu adalah milik Melanau Islam, yang pernah disandang Abdul Ajis Majeed dan Tun Pehin Sri Abdul Mahmud. Ia bagaimanapun dikosongkan berikutan pelantikan Tun Taib sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.
Ajis Majeed  meskipun masih popular dalam kalangan pengundi telah memberi laluan kepada Taib pada pilihan raya 2001 kerana percaya Ketua Menteri mempunyai kuasa membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan majoriti Melanau itu. – SARAWAKVOICE.COM



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.