Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Batman vs Superman pecah rekod catat RM1.7 billion (US$424 juta) dalam masa lima hari pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Batman vs Superman pecah rekod catat RM1.7 billion (US$424 juta) dalam masa lima hari pertama

LONDON: Filem sensasi pertembungan adiwira “Superman vs Batman: Dawn of Justice” mencatatkan pecah panggung apabila mengutip AS$424 juta dalam lima hari pertama tayangannya.
Ia merupakan kutipan keempat tertinggi dalam sejarah perfileman dunia, termasuk AS$170.1 juta di Amerika Syarikat — satu catatan rekod untuk tayangan sepanjang bulan Mac di negara tersebut dan keenam tertinggi dalam pembukaan hujung minggu di Amerika Syarikat.
 Yes! Click for Commission!

Dawn of Justice: turut mencatat rekod kutipan yang tinggi, sebanyak £15.5 juta di England.
Filem yang menggabungkan dua adiwira kegilaan ramai dalam satu filem ini merupakan nafas baharu kepada studio penerbitannya, Warner Bros yang sebelum ini menderitai kerugian berikutan kegagalan filem “Jupiter Ascending” dan “Pan”.
Filem yang diadaptasi daripada penerbit DC Comics yang menelan kos sekitar AS$250 juta muncul sebagai filem pembukaan kedua tertinggi yang pernah dicatatkan Warner Bros selepas “Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2”.
“Dawn of Justice” ditayangkan di lebih 40,000 pawagam termasuk 16,000 di China, 4,242 di Amerika Syarikat, 1,701 di United Kingdom dan 1,696 di Amerika Selatan.
Filem arahan Zack Snyder itu membariskan Ben Affleck dan Henry Cavil sebagai watak utama — merupakan yang pertama daripada 10 adaptasi komik DC Comics yang dirancangkan oleh Warner Bros untuk tempoh lima tahun.
Filem lain termasuklah “Wonder Woman” dan “Flash”. 
Satu lagi filem, “Suicide Squad” akan menemui peminatnya di layar gergasi pada Ogos depan.
Di sebalik kejayaan itu, filem “Star Wars: The Force Awakens” masih mengungguli kutipan hujung minggu tertinggi dunia dengan jualan tiket mencecah AS$529 juta pada Disember termasuk $248 juta di Amerika Syarikat.
 Yes! Click for Commission!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.