Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Calon PBB di Kerusi N.58 Balingian Pilihan Ketua Menteri Sarawak? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Calon PBB di Kerusi N.58 Balingian Pilihan Ketua Menteri Sarawak?



Setelah berbulan meniti percalonan dari parti PBB untuk DUN Balingian sehingga kini rakyat pengundi kawasan Balingian yang berjumlah lebih kurang 8,773 masih menunggu keputusan Ketua Menteri Sarawak atau lebih mesra dipanggil Tok Nan di kalangan rakyat Sarawak. Teka teki masih belum terjawab siapa sebenarnya calon pilihan Tok Nan kerana calon Wanita Faridah Osman yang diputuskan semasa majlis mesyuarat Sayap Pemuda dan Wanita PBB Negeri pada 24 Januari lepas telahpun mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri seminggu lalu. Begitu juga berita yang mengatakan Datuk Hanifah Taib akan dicalonkan memandang latarbelakang politik yang kuat  yang dikaitkan dengan TYT Sarawak juga meleset setelah beliau sendiri menolak spekulasi tersebut.


Antara calon yang masih berminat dan menjadi perbualan pelobi politik tempatan adalah Kr Abd Yakub Arbi yang baru sahaja dilantik semula untuk penggal kedua sebagai Walikota Mukah. Abdul Yakub Arbi yang berasal dari Balingian merupakan siswazah Ekonomi dari Universiti Deakin di Australia dan usahawan berjaya sebelum dilantik sebagai Walikota Dalat Mukah, menggantikan Ali Suhaili. Beliau juga merupakan Pengerusi Saberkas Cawangan Balingian. 




Nama lain yang juga disebut-sebut berminat untuk bertanding adalah Sulaiman Sahari yang berasal dari Kampung Kuala Lama Mukah. Beliau merupakan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Mukah. Seperti Abd. Yakub Arbi beliau juga memiliki pengalaman panjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam parti PBB Mukah. Sulaiman yang kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara merupakan seorang usahawan dalam sektor industri makanan.





Namun begitu Datuk Patinggi Tan Sri Adnan Satem Ketua Menteri Sarawak selaku Pengerusi Parti PBB Negeri mempunyai budibicara untuk memilih siapa sahaja yang beliau rasa mampu memenangi kerusi DUN Balingian dan seterusnya dapat menyatupadukan semua ahli2 parti PBB di Mukah dan juga kawasan Balingian. Sebaliknya adalah sesuatu yang tidak mustahil demi mengelak  persengketaan dalaman dikalangan ahli2 parti  Mukah-Balingian, sekiranya di saat akhir memaksa beliau untuk memilih calon dari bukan ahli parti PBB seperti yang pernah berlaku semasa PRK N.51 Balingian tahun 2014 di mana calon bukan parti Encik Yussibnosh Balo telah dicalon mewakili parti PBB dan menang dengan majoriti yang amat besar berjumlah 6,911 pada 29 mac 2014.

Pentas Sejiwa Senada di Mukah semasa kedatangan Ketua Menteri bersama rakyat pada 19 Mac ini dilihat sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan semua calon2 PBB yang akan bertanding di kawasan Mukah termasuk kerusi N.56 Dalat, N.57 Tellian dan juga N.58 Balingian. Adalah menjadi harapan Barisan Nasional Sarawak untuk melihat perjalanan kempen calon2 PBB Mukah sampai kemuncak hingga ke hari Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 nanti! Saug Tapak Adan calon2  sehingga menjadi YB!












No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.