Hi! Welcome Back and Stay Tune! IKEA Akan Mula Menjual Basikal Ini Bermula Ogos 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IKEA Akan Mula Menjual Basikal Ini Bermula Ogos 2016

IKEA akan mula menjual basikal jenama mereka sendiri bermula Ogos tahun ini. Buat masa ini, hanya satu model diperkenalkan dengan variasi 26 inch atau 28 inch.
Dinamakan ‘Sladda’, ianya direka dengan bentuk klasik dan minimalis. Yang menariknya ialah basikal ini tidak menggunakan sistem rantai besi traditional, tetapi digantikan dengan sistem ‘belt’ untuk mengelakkan karat dan hakisan. Dikatakan belt ini dapat bertahan sehingga 15,000 km sebelum ianya perlu diganti.

Badan basikal ini diperbuat daripada aluminium untuk memastikan ianya ringan dan handlebar basikal ini boleh dilaras untuk digunakan oleh orang dewasa atau kanak-kanak bermula usia 12 tahun. Terdapat juga sistem ‘click-on’ untuk menambah aksesori tambahan basikal ini seperti bakul atau tow cart untuk bantu anda bawa barang yang lebih besar. Awesome kan?



Sladda akan dipasarkan di 328 cawangan IKEA diseluruh dunia dan dijual pada harga 699 Euro (lebih kurang RM3072) untuk bukan ahli dan 499 Euro (lebih kurang RM2196) untuk ahli IKEA Family. Rasa-rasa IKEA Malaysia pasti bawa masuk basikal ini. Sanggup tak anda belanjakan wang lebih dari 2 ribu ringgit untuk basikal ini? Barulah hipster kalau pakai basikal buatan IKEA. Tepuk dada tanya selera.



Sumber : http://www.thevocket.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.