Kaki kena potong, apa nasib pemain golf Shaaban Hussin selepas itu?
ITU RINTIHAN pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Malek Noor selepas melawat pemain golf negara, Shaaban Hussin pada Isnin.
Sebak dengan keadaan Shaaban selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Jumaat, Malek berjanji akan memberikan bantuan sebaik mungkin bagi meringankan beban keluarga Shaaban.
"Kami akan membantu daripada proses pemulihan, sampai kami dapat menggantikan anggota kakinya, kami juga akan terus memantau proses pemulihan dari masa ke semasa," ujar Malek Noor.
Shaaban kini sudah stabil dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Kuala Lumpur.
Buat masa kini, Shaaban sekeluarga amat memerlukan sokongan moral kerana kejadian ini berlaku sekelip mata dan kariernya sebagai pemain golf seakan tamat.
Dalam pada itu, Malek juga merayu kepada saksi kejadian kemalangan itu tampil membantu siasatan pihak polis.
"Bayangkan kita hilang anggota kita di saat kerjaya sebagai pemain golf yang baru sahaja meningkat naik, jadi saya menyeru untuk dapatkan pemandu yang bertanggungjawab dalam kejadian kemalangan ini.
Mukah Pages bukan sekadar media sosial tapi memapar pautan berita eklusif bersama Sukan - Astro Awani http://ift.tt/1qlNXPw
Post a Comment